Fahaman Wahabi dan Arab Saudi bukan perkara baru. Tanyalah dengan semua orang, nescaya mereka akan bersetuju dengan pendapat itu. Arab Saudi memang Wahabi dan Wahabi adalah Arah Saudi.
Jadi tidak salah bila Pakatan Rakyat; melalui blog ini mendakwa Imam Satu Masjidil Haram Mekah yang mengetuai upacara sembahyang Jumaat di PWTC minggu lepas sebagai berfahaman Wahabi dan seterusnya menjadikan sembahyang itu tidak sah.
Imam Satu berkenaan bukan dari Arab Saudi ke, dan Arab Saudi memang negara berfahaman Wahabi, sama seperti negara Iran yang berfahaman Syiah.
Jadi aku terkejut bila dimaklumkan bahawa stesen TV milik UMNO TV3 menyiarkan kenyataan Imam berkenaan yang menafikan dia berfahaman Wahabi seperti di dakwa blog ini kelmarin.
Ini penafian atau pembohongan? Satu dunia tahu yang Arab Saudi adalah negara yang berfahaman Wahabi, kalau tidak, mereka tidak boleh menerima umat Islam pelbagai fahaman dari seluruh negara untuk mengerjakan haji di negara tersebut.
Wahabi ini, dari apa yang aku dimaklumkan oleh kawan-kawan dalam PAS bermaksud, mereka ikut sepenuhnya apa yang dikatakan di dalam kitab Al-Quran dan menolak tafsiran ulama dan hampir kesemua fatwa yang dibuat oleh manusia.
Sebab itulah kalau Al-Quran kata hukuman mati dengan pancung, maka Arab Saudi pun mengamalkan hukuman pancung sebagai hukuman mati. Begitu juga potongan tangan, rejam dengan batu dan sebagainya.
Mereka tidak ubah sedikit pun.
Sebab itulah kalau Al-Quran kata hukuman mati dengan pancung, maka Arab Saudi pun mengamalkan hukuman pancung sebagai hukuman mati. Begitu juga potongan tangan, rejam dengan batu dan sebagainya.
Mereka tidak ubah sedikit pun.
Cuma dalam sesetengah keadaan, ada juga pengikut fahaman ini yang menolak hadis Nabi yang diterima pakai sebagai panduan oleh orang Islam, seterusnya meletakkan pengikut fahaman ini sebagai golongan yang sesat!!
Mana ada sembahyang yang berimamkan orang sesat di terima Tuhan? Maka tak salahlah bila aku katakan upacara sembahyang Jumaat di PWTC itu ternyata tidak sah.
Bagaimanapun, dari satu pandangan yang lain, kira hebatlah sebab Imam Masjidil Haram pun beri respon kepada artikel dalam blog ini sehingga terpaksa menafikan kewahabiannya.
UMNO ada?
No comments:
Post a Comment