Persoalan aku bukan tentang kos, persoalan aku dan rakyat dibawah ini sekarang, adakah sah sembahyang yang diimamkan oleh Imam dari Mekah itu.
Sebab kita tahu Imam berkenaan tidak ada tauliah untuk mengetuai upacara sembahyang Jumaat di negara kita, di samping PWTC tempat beruk beruk UMNO bersidang itu pun, belum tentu ada kebenaran dari Jawatankuasa Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Selain Imam Masjidil Haram berkenaan juga berfahaman Wahabi - berlawanan dengan fahama majoriti besar yang mengikut di belakang, Sunnah Wal Jamaah.
Tuhan terima ke sembahyang tu?
Semalam bukan main lagi aku dengar ada perwakilan UMNO yang mahu fahaman Sunnah Wal Jamaah ini dimasukkan dalam perlembagaan negara supaya siapa juga yang ikut fahaman berbeza, dikenakan tindakan undang-undang kerana melanggar perlembagaan.
Sekarang, Najib bawa pula Imam Wahabi ini mengetuai upacara sembahyang Jumaat di PWTC.
Ini macam mana nak kita nak jelaskan ni? Seeloknya pihak-pihak yang berkenaan menasihatkan UMNO supaya tidak mengambil hukum di atas tangan sendiri. Negara ini ada peraturan dan hanya kerana UMNO sebahagian parti memerintah, tak boleh buat sesuka hati.
Di banyak tempat yang aku lihat, surau pun tak boleh diadakan sembahyang Jumaat sebab tidak ada Imam bertauliah. Di PWTC, bangunan UMNO, senang-senang hati dia saja bawa entah taliban mabuk mana, kononnya dari Mekah untuk mengetuai upacara sembahyang Jumaat ini.
Semua ini alasan kukuh kenapa UMNO tidak layak menjadi sebahagian dari parti pemerintah sebab UMNO suka buat ikut kepala dia saja.
No comments:
Post a Comment