Saturday, December 7, 2013

Wahabi: Confirm Ibadat Haji Rakyat Malaysia Tidak Sah

Najib Menjadi Makmum Wahabbi
Pengiktirafan terbuka UMNO terhadap fahaman Wahabbi seperti yang dibuktikan dengan tindakan menjemput Imam Satu Masjidil Haram Mekah untuk menjadi imam dalam upacara sembahyang Jumaat di PWTC semalam, secara langsung mengesahkan bahawa ibadat Haji orang Islam di Malaysia ini tidak sah.

Justifikasinya, fahaman Wahabbi adalah fahaman yang dilarang dan diharamkan di negara ini kerana Malaysia hanya mengiktiraf satu fahaman saja dalam Islam - fahaman Sunnah Wal Jamaah atau Sunni.

Ada juga sesetengah pandangan yang mengatakan fahaman Wahabbi ini sesat, jika ajaran sesat!! Bemaksud, sembahyang juga tidak sah (sebab ajaran sesat), jika sembahyang tidak sah, Haji juga tidak sahlah juga, tak begitu?

Malang bagi orang Malaysia yang bersusah payah menunaikan haji di Mekah, apabila mendapat tahu ibadat dan gelaran Pak Haji atau Kak Hajjah yang digunakan masing-masing, rupanya tidak diiktiraf oleh kerajaan yang menghantar mereka ke sana.

Bukankah ini satu episod yang malang buat semua yang terlibat?

Jika cadangan dari perwakilan UMNO seperti Fathul Bari dan Khairul Azwan yang mahukan fahaman Sunni ini dimasukkan dalam perlembagaan, diterima kerajaan, menunaikan haji di Mekah ini bukan setakat tidak sah, malah berlawanan dengan perlembagaan!!

Ini perlu dijelaskan kerajaan, terutama Menteri berkaitan, Jamil Khir Baharom dengan segera.  Apakah pengiktirafan UMNO terhadap fahaman Wahabbi ini secara tidak langsung turut menjejaskan ibadah haji yang telah dilakukan oleh berjuta-juta orang di Malaysia?

Orang UMNO Memuja Wahabbi
Selagi penjelasan yang sebenarnya tidak dikeluarkan, Pakatan Rakyat menganggap ibadah haji yang dilaksanakan rakyat Malaysia sebagai tidak sah.  Gelaran haji dan hajjah yang digunakan juga, turut tidak sah.

Tidak hairan kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengerjakan haji, kerana beliau tahu ibadah yang dilakukan itu tidak diiktiraf kerajaan, seterusnya tidak diterima Tuhan.

UMNO boleh berhenti mempersoalkan kenapa Anwar tidak mengerjakan ibadah haji dari sekarang, kita pun sudah tahu sebabnya kenapa.

No comments: