Asalnya aku dimaklumkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dah nak tutup buku dah pasal isu pengundi hantu dari bangladesh serama 40,000 orang ni. Bukan kita takde bukti, tapi sebab kita malas dah nak dedah apa pun pasal penyelewengan pilihanraya ni, bukan ada tindakan apa-apa.
Buat penat saja.
Sebab itulah Anwar keluar kenyataan di Dewan Rakyat menafikan Pakatan Rakyat ada buat apa-apa tuduhan pasal bangla 40 ribu ni, pasal dah letih.
Tapi bila Najib Tun Razak berterusan menyerang Anwar dalam isu ini, termasuk menggunakan kesempatan berucap di Perhimpunan Agung UMNO semalam untuk membelasah Anwar dalam isu tersebut dan menuduhnya penipu, Anwar sudah naik berang.
Apa kewajarannya Najib melibatkan Anwar dalam ucapannya, siap tayang video apa segala? Anwar tak pernah menyerang peribadi Najib dalam ucapannya, yang Anwar selalu serang ialah polisi pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri dan bagaimana beliau boleh buat lebih baik.
Menuduh Ketua Pembangkang penipu dalam isu pengundi hantu bangladesh ini adalah satu tuduhan yang serius. Sila tarik balik atau kita akan susul dengan tindakan.
Bagaimanapun, jika itu yang Najib nak, maka Anwar akan keluar semua bukti yang menunjukkan pengundi hantu dari bangladesh itu memang ada. Dokumen-dokumen yang menunjukkan penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti yang disebutkan Anwar sebelum PRU13 yang lalu, akan didedahkan semua sekali.
Dengan syarat, Najib perlu membawa kes ini ke Mahkamah dulu.
Pakatan Rakyat memang boleh bawa kes ini ke Mahkamah kerana menggunakan orang luar untuk mengundi ini memang kesalahan jenayah pun, tapi kita tak mahu macam itu, kita mahu UMNO yang mulakan dulu kerana nampaknya mereka yang bersungguh-sungguh sangat ni.
Kalau UMNO berani, Najib berani, sila bawa kes ini ke Mahkamah, disitu kita akan buktikan. Dokumen semua ada, bukti semua berlambak, tunggu nak dedah saja ni. Malah kita tahu pun dimana pengundi Bangladesh ini dihantar untuk mengundi BN dalam PRU13 yang lepas.
Tapi kita akan dedahkan di Mahkamah, baru ada kredibel.
No comments:
Post a Comment