Jika semua masih ingat, Pakatan Rakyat pernah membangkitkan soal pembelian helikopter tentera EC-725 Cougar dari Perancis satu ketika dulu.
Desakan Pakatan Rakyat supaya pembelian tersebut dikaji semula kerana kosnya terlalu mahal berbanding yang diperolehi negara lain, nampaknya tidak dipedulikan pentadbiran Najib Tun Razak.
Pembelian itu tetap diteruskan akhirnya dan billion ringgit wang rakyat lagi dibazirkan untuk membeli helikopter yang tidak mempunyai siginifikasinya kepada keperluan pasukan tentera kita kerana EC-725 adalah sebuah helikopter yang dikategorikan sebagai Utility/CSAR (Combat Search & Rescue).
Kita bukan dalam keadaan berperang pun sehingga nak ada helikopter dengan keupayaan seperti itu.
Hari ini, kebimbangan Pakatan Rakyat menjadi kenyataan apabila helikopter dengan keupayaan terkini itu digunakan dalam operasi menyelamat mangsa banjir di negeri-negeri Pantai Timur seperti Pahang dan Terengganu.
Pesawat canggih dan terkini kononnya, tapi digunakan dalam operasi banjir, Adakah ini keputusan yang betul?
EC-725 adalah helikopter untuk kegunaan misi menyelamat tempur, bukan nak mengangkut orang kampung yang cuba menyelamatkan diri dari tenggelam dek air naik, atau bawa sardin dan beras untuk mangsa banjir makan!! Itu naik sampan atau trak tentera pun boleh.
Dimana akal Najib Tun Razak apabila membenarkan penggunaan helikopter canggih seperti EC-725 ini untuk membantu kerja-kerja menyelamat mangsa banjir?
Tahukah Najib berapa kos yang diperlukan untuk mengoperasi sebuah EC-725? Aku difahamkan, hampir RM 22,000 untuk satu misi penerbangan selama 8 jam!! Itu 8 jam, satu hari ada 24 jam, berapa banyak duit rakyat perlu dibelanjakan untuk misi macam ini?
Ini tidak betul dan Pakatan Rakyat membantah sekeras-kerasnya pembaziran yang dilakukan pentadbiran Najib Tun Razak.
Kalau nak guna helikopter sekalipun, pesawat Nuri sudah memadai , kenapa nak guna aset terbaru yang direka untuk tujuan yang hanya khusus dalam peperangan (bukan bencana alam).
Banjir adalah satu bencana, jangan tambahkan bencana itu dengan menggunakan helikopter canggih yang dibeli menggunakan wang rakyat untuk tujuan yang bukan pada tempatnya.
Yang penting helikopter itu dibeli menggunakan wang rakyat, kalau terhempas, siapa yang rugi? Mangsa banjir ini boleh diselamatkan dengan cara lain yang tidak mahal seperti sampan, bot dan lori, kenapa mesti nak guna helikopter mahal itu juga?
No comments:
Post a Comment