Dalam ucapan perasmian mesyuarat sayap Pemuda UMNO 2013 kelmarin, Khairy Jamaludin cuba menonjolkan diri sebagai pejuang rakyat apabila mempersoalkan keputusan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik berkuatkuasa tahun depan.
Bijaknya, dia tidak menyerang kerajaan secara terus, sebaliknya menuding jari ke arah Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai punca sehingga kenaikan tersebut berlaku.
Sekali pandang nampak macam serius saja saranan Khairy tu, malah ada di kalangan penyokong Pakatan Rakyat sendiri pun yang memuji Khairy kerana keberaniannya menonjolkan isu tersebut dalam ucapan dasarnya.
Hakikat yang semua orang mungkin terlupa, keputusan menaikkan tarif elektrik ini adalah diputuskan oleh kabinet kerajaan BN dimana Khairy adalah salah seorang dari anggotanya, bukan TNB!!
Kalau tak setuju dengan keputusan kabinet, kenapa Khairy tak letak jawatan saja sebagai Menteri Belia dan Sukan, seperti mana Datuk Zaid Ibrahim pada 2008 dulu meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak bersetuju dengan perlaksanaan ISA.
Berbeza dengan Khairy sekarang, cakap macam bagus bantah kenaikan tarif elektrik tapi rupanya dia sendiri pun berada di dalam mesyuarat yang bersetuju dengan keputusan tersebut.
Nampak tak hipkorit?
Itu belum lagi kita mengungkit penerimaan baik Khairy terhadap keputusan kerajaan pimpinan bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi menaikkan minyak sehingga RM 0.72 sen kepada RM 2.70 seliter pada 2008.
Sehingga sekarang rakyat masih terasa kesan dari kenaikan tidak berperkemanusiaan tersebut kerana harga barang yang naik mendadak lanjutan dari kenaikan tersebut, masih tidak turun sehingga kini.
Nak kata hero rakyat macam mana?
Jadi Pakatan Rakyat menggesa agar rakyat tidak tertipu dengan helah Khairy. Kita semua tahu ini hanyalah wayang dia semata-mata untuk mengukuhkan persediaannya untuk mencabar jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan yang akan dijalankan 3 tahun lagi.
Rakyat patut tolak pemimpin yang hanya tahu berlakon dan berpura-pura untuk meraih sokongan bagi diri sendiri seperti Khairy.
No comments:
Post a Comment