Kenyataan ketua biro Media Baru UMNO yang baru dilantik, Ibdillah Ishak bahawa UMNO tidak akan lagi membayar mana-mana blogger kerana bimbang mereka akan menyerang UMNO jika tidak diberikan wang membuktikan satu perkara - blogger UMNO memang kaki makan rasuah.
Sememangnya peras ugut sudah menjadi kebiasaan di kalangan blogger UMNO, bukan cerita baru. Setiap orang yang biasa dengan politik di media sosial pasti tahu perkara ini.
Jika tidak dapat wang, atau dijemput untuk hadir ke program yang menawarkan wang, mereka akan tidak segan untuk menyerang pemimpin berkenaan dan silap silap, UMNO itu sendiri.
Jika tidak dapat wang, atau dijemput untuk hadir ke program yang menawarkan wang, mereka akan tidak segan untuk menyerang pemimpin berkenaan dan silap silap, UMNO itu sendiri.
Pernah aku difahamkan, Ketua Penerangan UMNO sendiri tidak terlepas dari menjadi sasaran blogger UMNO, hanya kerana tidak mendapat wang sebanyak RM 200!! Murah betul nilai.
Malah, dibawah kepimpinan ketua yang lama, bukanlah satu rahsia blogger yang berada dibawah pembiayaan Pemuda UMNO diperalat untuk kepentingan pihak-pihak tertentu sahaja, bukan untuk parti tersebut pun.
Elok benarlah jika Ibdillah sudah sedar akan perangai blogger-blogger yang dibiayai mereka (entah menggunakan sumber dari mana) sebelum ini dan membetulkan perkara itu dengan segera.
Cuma aku agak pelik bila Ibdillah berkata akan hanya bergantung kepada sukarelawan yang tidak dibayar untuk menguatkan kempen UMNO di media baru selepas ini,
Aku tak tahulah Ibdillah ini bercakap di bumi mana, sebab kalau bumi UMNO, kita tahu tidak ada apa yang berjalan dengan percuma, semuanya memerlukan motivasi wang. Lagi banyak wang, lagi lajulah kerja berjalan.
Sebab itulah agaknya kenapa semua selepas memberikan kenyataan tersebut, Ibdillah diserang kiri dan kanan oleh blogger UMNO yang tidak berpuas hati, kononnya Ibdillah tidak menghargai peranan mereka. Hakikatnya, sebab utama marah ialah kerana sudah tahu tidak akan mendapat duit dari UMNO lagi.
Maka tidak hairanlah kenapam sudah ada blog pro UMNO yang menerbalikkan gambar Ibdillah, namanya ditukar kepada Iblislah dan sebagainya. Inilah harga yang perlu dibayar Ibdillah untuk membersihkan UMNO dari blogger penghisap darah.
Bagi Pakatan Rakyat, ini adalah satu perkembangan yang baik. Biarlah lah UMNO berperang sesama sendiri kerana duit, kita tidak peduli. Blogger UMNO langsung tidak serupa dengan blogger Pakatan Rakyat yang sanggup untuk tidak menerima satu sen pun demi perjuangan untuk memartabatkan rakyat.
Yang nyata, impian UMNO untuk menguasai media sosial nampaknya akan terus jadi impian kerana belum apa-apa, kepimpinan Ibdillah sudah ditolak oleh blogger sedia ada mereka.
No comments:
Post a Comment