Thursday, December 5, 2013

Lawat Mangsa Banjir, Najib Hanya Berpura-Pura

Dihebahkan melalui media, sebaik menamatkan ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO, Najib Tun Razak bergegas ke Pahang untuk meninjau keadaan banjir yang berlaku di negeri tersebut.

Pakatan Rakyat menggesa rakyat jangan terperdaya dengan lakonan Najib ini, yang sengaja dibuat-buat kononnya untuk menunjukkan dia prihatin dengan permasalahan yang menimpa rakyat.

Hakikatnya kita pun tahu, dia bukan peduli sangat.

Sebetulnya, fenomena banjir besar seperti yang berlaku di Terengganu, Pahang dan Johor sekarang ini hanyalah berlaku pada satu masa dalam setahun sahaja, bukannya sepanjang masa.

Tak sewajanyalah bencana alam yang hanya berlaku sekali dalam setahun ini digunakan Najib untuk kepentingan politiknya. Ini tak sepatutnya berlaku kerana ia tidak adil kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang menjadi saingan Najib untuk jawatan Perdana Menteri seperti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Maka itu, kelompok rakyat yang bakal dilawati Najib di kawasan-kawasan terjejas, perlu ingat ini - Najib bukan datang kerana simpati atau yang seperti itu, tapi dia datang kerana mahu menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya dia adalah pemimpin yang prihatin.

Rakyat di kawasan mana yang akan dilawati Najib nanti, janganlah terlalu kelihatan teruja sangat dengan kehadiran Najib melawat mereka.  Biar media yang membuat liputan lawatan Najib itu, merakam aksi rakyat yang tidak begitu teruja dengan tindakan Najib melawat mangsa-mangsa banjir.

Ia pasti memberi impak yang besar kepada imej Najib sekiranya mangsa banjir yang dilawatinya, tidak begitu teruja dengan kehadiran pemimpin nombor satu negara seperti dia.

No comments: