Khabarnya pagi ini Najib Tun Razak nak membuat pengumuman penting dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung 2013. Maka berkejar-kejarlah semua orang ke Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) nak mendengar pengumuman apakah yang penting sangat tu.
Akhirnya semua tepuk dahi bila Najib sekadar mengumumkan Wanita UMNO 'dinaiktaraf' sebagai tulang belakang UMNO - dari entah apa kedudukkannya dalam parti tersebut sekarang ini.
Buang masa dan tenaga. Setakat nak cakap Wanita jadi tulang belakang UMNO, takdelah penting mana sehingga semua orang dipaksa untuk terkejar-kejar mendengarnya.
Tapi terlanjur dah disebutkan perkara tersebut, rakyat dan ahli UMNO sendiri patut mempersoalkan kewajaran Wanita UMNO dijadikan tulang belakang parti tersebut. Kenapakah agaknya dari banyak-banyak bahagian tubuh badan manusia, Najib memilih untuk meletakkan Wanita sebagai tulang belakang?
Ini yang hairan.
Sedangkan Wanita, seperti yang kita tahu ada komponen penting lain yang membezakan mereka dengan lelaki. Setakat tulang belakang, semua orang pun ada. Yang aku maksudkan ialah Buah Dada. Persoalannya sekarang, kenapa Wanita UMNO tidak dikaitkan dengan buah dada UMNO?
Bukankah gelaran seperti itu lebih sesuai. Buah dada kalau nak diikutkan ada lebih banyak fungsi unik berbanding dengan tulang belakang. Dari buah dada, menghasilkan susu yang kemudiannya memberi zat lebih baik dari susu lembu untuk bayi membesar.
Disamping beberapa fungsi lain yang aku tak payah nak sebutkan lah.
Kita akui, di dunia ini ada juga lelaki yang mempunyai buah dada, tapi bilangannya terlalu kecil kalau nak dibandingkan dengan Wanita yang memang lahir ke dunia ini dengan kelebihan tersebut.
Maka itu, sewajarnyalah Wanita YMNO dikenali sebagai Buah Dada UMNO, baru betul dan sesuai dengan peranannya.
Ini tulang belakang, itu semua orang pun ada. Bodoh betul.
No comments:
Post a Comment