Pakatan Rakyat ingin mengucapkan tahniah kepada PAS kerana berjaya menghalang pendakwah terkenal Kazim Elias dari menerima tawaran perlantikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) dengan mengarahkan penyokong-penyokongnya memaki hamun Kazim di media sosial, sms dan sebagainya.
Sebaik pengumuman mengenai tawaran perlantikkan Kazim tersebar luas, penyokong-penyokong PAS telah menghujani Kazim dengan pelbagai gelaran seperti anak babi, ustaz khinzir dan sebagainya.
Malah lebih manis lagi bila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat turut tidak ketinggalan memaki Kazim dengan menyamakan dia sebagai binatang - serigala.
Perkara ini diakui sendiri oleh Kazim apabila membuat keputusan untuk keluar dari PAS kerana tidak boleh menerima pendekatan memaki hamunnya oleh penyokong parti tersebut sejak pengumuman tawaran untuk menyertai MT UMNO itu dibuat.
Apatah lagi bila Kazim mendapat tahu, anak-anaknya pun turut menjadi sasaran kecaman oleh guru-guru dan ibu bapa pelajar lain di sekolah yang tidak berpuas hati Kazim mendapat tawaran mengisi jawatan tinggi dalam UMNO tersebut.
Macamlah ada sesiapa yang peduli bila Kazim dan anak-anaknya kena maki. Apa dia fikir dia besar sangat ke?
Disini yang Kazim silap. Benarlah yang kena maki hamun tu dia dan keluarganya, tapi sasaran sebenarnya ialah, Pakatan Rakyat tak mahu Najib Tun Razak dan UMNO menang. Kalau Kazim menerima tawaran MT itu, imej Najib dan UMNO akan meningkat berkali ganda kerana berjaya menarik ulama terkenal seperti Kazim untuk menyertainya.
Ini yang tak boleh dibenarkan.
Maka itu apa pun cara perlu digunakan untuk menghalang Kazim dari menyertai UMNO dan menjadi ahli MT.
Aku difahamkan, jika Kazim masih berdegil dan meneruskan hasrat untuk menerima tawaran tersebut, PAS akan mengarahkan Unit Amal dan Briged Keselamatannya (dianggotai bekas tentera termasuk komando) agar bertindak ke atas Kazim.
Apa bentuk tindakannya itu, aku tak tahulah, tapi khabarnya memang ada rancangannya begitu.
Semua ini bagaimanapun membuktikan bahawa PAS sudah sedikit sebanyak meninggalkan konsep perjuangan Islam yang menjadi teras penubuhan parti tersebut sejak hampir 60 tahun dulu, itu yang penting.
Umum tahu, memaki hamun tidak dibenarkan didalam Islam, apatah lagi oleh parti yang sepatutnya memperjuangkan Islam seperti PAS. Tapi bila dilakukan juga, malah dilakukan dalam bentuk yang paling sistematik seperti dalam kes Kazim Elias ini, maka terbuktilah PAS dibawah pimpinan Timbalan Presiden Haji Mohammad Sabu sudah bersedia membawa PAS keluar dari retorik Islam yang tidak berkesudahan.
Memang inilah yang Pakatan Rakyat mahu lihat berlaku dalam PAS kerana konsep perjuangan Islam ini terbukti menyusahkan PAS untuk menjalankan fungsinya sebagai komponen penting dalam Pakatan Rakyat.
Jika PAS sebagai parti individu tak mengapalah nak melalak pasal Islam kuat mana sekalipun, tapi dari segi Pakatan Rakyat sebagai komponen politik berbilang kaum, tidak seharusnya perjuangan kita disekat oleh karut marut dalam agama.
Aku dan Pakatan Rakyat berharap PAS kekal dengan pendekatan sedemikian, barulah sasaran 45 kerusi parlimen bagi setiap komponen Pakatan Rakyat dalam PRU14 akan tercapai, seterusnya merealisasikan hasrat untuk menawan Putrajaya
No comments:
Post a Comment