Friday, July 5, 2013

MEMBAZIR!! Kos Ops Daulat RM 84.9 Juta

BUKAN aku seorang, tapi ramai orang terkejut mendengar kenyataan Menteri Pertahanan, Hishamudin Hussin semalam di Dewan Rakyat, yang mengesahkan bahawa kos keseluruhan Ops Daulat yang dibelanjakan kerajaan (guna wang rakyat), adalah sebanyak RM 84.9 juta!!

Banyak tu nilainya tu hanya untuk tumpaskan lanun yang majoriti menggunakan senjata teknologi purba.

Pada akulah, nilai ini langsung tidak munasabah, dengan jumlah sebanyak itu, angkatan tentera kita boleh beli sebiji atau dua jet pejuang lagi - itu adalah lebih banyak faedahnya berbanding untuk perbelanjaan operasi yang relatifnya sangat kecil.

Bukan menyokong Sultan Jamalul Kiram III, tapi aku rasa Sultan Sulu itu sudah boleh tersenyum riang kerana dalam beberapa sudut, dia telah berjaya 'mengalahkan' tentera dan kerajaan Malaysia, terutama dari segi perbandingan kos.

Aku tak rasa Kiram itu berbelanja banyak untuk menghantar beratus-ratus askarnya ke sini, tapi kesan dari itu telah memaksa kerajaan Malaysia membazirkan wang yang begitu banyak untuk menangani sejumlah kecil askar-askar Sulunya.

Sifir mudah kenapa aku kata jumlah RM 84.9 juta ini terlalu banyak ialah melihat jumlah aset dan anggota yang dikerahkan untuk operasi tersebut.  Aku tak nampak bagaimana 4,000 askar/polis, 30-40 kenderaan perisai, 70-100 kenderaan bantuan, 8 jet pejuang, 8-12 biji bom panduan laser dan sebagainya, boleh menelan perbelanjaan yang begitu besar.

Pihak-pihak tertentu seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu siasat perkara ini dan melihat dimana berlaku unsur-unsur penyelewengan.  Aku yakin ada, silap-silap sebiji peluru yang berharga kurang RM3, boleh mencecah RM 12 sebiji sewaktu Ops Daulat dilancarkan.

Kalau tidak bagaimana kosnya boleh jadi sebegini tinggi?  Aku tidaklah menuduh tapi aku minta disiasat perkara ini.

Kalau tidak berlaku penyelewengan sekalipun, jumlah yang besar ini aku yakin disebabkan sikap kerajaan yang mengambil masa terlalu panjang untuk menyelesaikan isu tersebut sebelum merebak.

No comments: