Monday, July 8, 2013

PAS Perlu Kaji Cadangan Karpal, Bukan Tolak

APA yang dimaksudkan Takiyudin Hassan bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak boleh memaksa semua parti komponen dalam Pakatan Rakyat untuk bersetuju dengan cadangan meminda artikel 12(4) Perlembagaan Persekutuan?

Penolong Setiausaha Agung PAS (Penolong saja pun) itu dipetik sebagai berkata demikian yang dijadikan peluru untuk akhbar-akhbar musuh menentang Pakatan Rakyat.

Aku tak pastilah sama ada kenyataan Takiyudin ini layak untuk mewakili PAS.  Tapi yang aku tahu, sepatutnya adat berkomponen,  tidak boleh ada suara bercanggah, semua pihak mesti bersetuju dalam sesuatu isu melibatkan kepentingan nasional seperti artikel 12(4) ini.

Dari semua sumber dalam Pakatan Rakyat yang aku dapat, hampir kesemuanya tidak ada masalah dengan cadangan pindaan perlembagaan tersebut.  Malah, ketua umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dikatakan telah memberi persetujuan lisan untuk isu tersebut dilketengahkan.

Yang banyak bunyi ni hanya PAS saja.

Sememangnya soal ini (penentuan agama anak-anak berumur 18 tahun bagi ibu bapa berlainan agama yang telah bercerai) telah lama menjadi isu yanng berulat dalam masyarakat kita.  Peruntukkan undang-undang sedia ada yang memberi hak kepada salah seorang dari ibu bapa telah menyebabkan rasa tidak puas hati kepada pihak yang kalah.

Dalam banyak keadaan, hak berkenaan diberikan kepada ibu atau bapa yang beragama Islam atas alasan yang kadang-kadang tidak masuk akal, umpamanya ketika dilahirkan, bayi berkenaan beragama Islam kerana kedua ibu bapanya beragama Islam.

Sementara aku tidak ada masalah dengan perkara tersebut, tapi perlu juga disebutkan bahawa ada perkara lebih penting dari Islam, iaitu keadilan sejagat dan hak asasi manusia.  Pertimbangan ini perlu dipastikan agar setiap pihak terlibat mendapat keadilan yang sewajarnya dari sistem keadilan kita.

Perincian macam inilah yang PAS perlu perhalusi sebelum mengeluar kenyataan mengecam Karpal.  

PAS nampak macam tak habis-habis dengan Islamnya, walhal perkara itu (perjuangan Islam) bukankah sudah jadi sejarah?  Sekarang ceritanya hanya untuk jadi kerajaan persekutuan dan bersemayam di Putrajaya?

No comments: