RIAK betul bunyi cakap Menteri
Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh (Deris) apabila meminta PAS supaya
tidak meneruskan hasrat bertanding di pilihanraya kecil Kuala Besut yang bakal
berlangsung 24hb depan.
Deris yang juga Ahli Parlimen
Besut dengan angkuhnya mendakwa PAS tidak ada peluang untuk menang di kawasan
tersebut kerana BN menang dengan majority besar, 2,324 undi dalam PRU13 yang
lepas.
Baru tak sampai beberapa hari
lepas Deris selamba beruk mintak semua guru-guru di Kuala Besut untuk menyokong
BN. Apa dia tak sedar ke dengan
kedudukan dia sebagai Menteri Pendidikan II, cakap tu umpama arahan yang wajib
diikuti guru-guru dikawasan tersebut?
Isu ini besar dan aku harap ada di antara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersuara tentang isu tersebut dalam sidang parlimen yang sedang berlangsung kini.
Walaupun begitu, aku tak tahulah Deris
tengah cuba permainan apa dengan bercakap macam itu? Aku tak rasa Deris begitu bodoh nak cakap
macam itu melainkan dia ada strategi tertentu. Mungkin untuk melemahkan atau
memperkecilkan PAS yang kebetulan ada krisis dalaman untuk penentuan calon di
Kuala Besut ni.
Cakap tentang soal itu, dari apa
yang aku dimaklumkan, sehingga sekarang PAS masih berbelah bahagi sama ada nak
meletakkan calon baru atau menamakan semula calon yang tewas dalam PRU13 yang
lepas.
Malah di sesetengah blok,
dikatakan sasaran PAS bukan untuk menang PRK kali ini, sebaliknya untuk
mengurangkan majoriti UMNO sahaja. Aku
ingat cukuplah tu, malas aku nak cerita panjang sebab PAS memang sudah jadi
parti yang sukar nak diagak kebelakangan ni.
Sebab itulah, sehingga sekarang
bila Deris buat kenyataan macam ini pun, sebaran mengenainya tidak begitu
menyeluruh, malah lebih buruk lagi, orang-orang UMNO tidak segan silu untuk
promote kenyataan bongkak Deris ini dalam akaun FB masing-masing.
Takde rasa bersalah sikit pun.
Seharusnya, jentera Pakatan
Rakyat yang lain kena bantulah PAS sekarang. Red Bean Army ke, Black Bean Army
ke, siapa-siapalah yang masih tinggal tu, bergeraklah untuk tolong jentera PAS
di Kuala Besut.
Agaknya sebab kawasan ni 99%
melayu, maka itulah sukar sikit jentera propaganda yang rata-rata bukan Melayu
ni nak bergerak, agak aku le.
Kesombongan Deris pada aku bukan
benda yang boleh dibuat main. Mesti ada
alasan kukuh kenapa dia buat kenyataan macam itu. Sememangnya tempoh kempen 12 hari yang
ditetapkan SPR tidak cukup untuk mengalihkan lebih 2,000 majoriti undi kepada
Pakatan Rakyat.
Tapi dalam dunia hari ini, tidak
ada apa yang mustahil, segala-galanya berkemungkinan.
No comments:
Post a Comment