Friday, July 5, 2013

Merdeka Online Perlu Minta Maaf Pada Anwar


KALAU ada satu yang menarik tentang sesi temuramah yang aku boleh sentuh disini ialah, ayat yang meluncur keluar semasa sesi itu diadakan, kadang-kadang ditafsir pihak yang mendengar di luar konteks yang cuba disampaikan.

Ini biasa berlaku dalam mana-mana temuramah, terutama kalau temuramah itu kemudiannya ditulis tidak mengikut cara verbatim.

Tidak terkecuali hal ini berlaku dalam sesi temuramah antara seorang wartawan Al-Azhari Siddiq dengan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla yang mencetus kontroversi melata di seluruh negara sekarang ini.

Semuanya gara-gara dakwaan Jusof bahawa pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menerima dana dari luar, antaranya negara Turki untuk membiayai kempen menolak keputusan pilihanraya umum ke 13 (PRU13) yang lepas.

Dari mula aku memang tak percaya dengan dakwaan tersebut kerana aku difahamkan Anwar mempunyai cukup wang di dalam negara untuk membiayai aktiviti politik Pakatan Rakyat, termasuk kempen Black 505 yang bertujuan menolak keputusan PRU13 yang lepas.

Rasanya tak perlulah aku sebutkan berapa, cuma penting untuk dinyatakan disini,wang itu yang disimpan di beberapa buah bank, cukup untuk membiayai kempen seumpamanya sehingga 10 tahun!!

Kalau benar sekalipun (akaun wujud di luar negara), tak juga aku nampak apa masalahnya sebab wang itu dari sumbangan rakyat Malaysia.

Tapi memandangkan isu itu telah menjadi begitu kontroversi sehingga dibangkitkan di Parlimen, dengan Anwar sendiri pun sudah memulakan proses untuk mendakwa semua pihak yang terlibat menyebar luaskan kenyataan tersebut, maka kebenaran di sebalik kewujudan dana tersebut sudah tidak lagi relevan.

Kalau boleh, aku suka mencadangkan kepada Anwar agar menyaman portal Merdeka-Online yang pertama sekali menyiarkan sesi temuramah Azhari dengan Jusof, sebelum dipetik oleh semua media utama di Malaysia.

Jika Merdeka Online tidak menyiarkan sesi temuramah tersebut, polemik ini tidak akan bermula.  Soal Jusof Kalla kata apa atau kenyataannya itu dipetik di luar konteks, itu bukan isunya, isunya ialah temuramah itu tidak patut disiarkan pun!!

Memang aku bersetuju dengan Azahari yang menyebut banyak kenyataan asal dalam sesi temuramah yang sebenar telah dipetik di luar konteks oleh beberapa pihak, terutama sekali akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Tapi semua ini tidak akan berlaku kalau Merdeka Online tidak terlebih dahulu menyiarkan artikel tersebul di portal beritanya.  Maka itu sewajarnyalah pada pendapat aku Anwar menyaman Merdeka-Online terlebih dahulu sebelum media yang lain.

No comments: