MUNGKIN ramai tidak tahu bahawa 10 Jun lepas kes membabitkan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli kerana melanggar peraturan BAFIA dengan mendedahkan akaun NFC sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah Mahkamah Rayuan menolak permohonan Rafizi untuk mengenepikan kes tersebut bulan Mei lepas.
Tapi sekarang sudah bulan Julai - hampir sebulan selepas kes tersebut sepatutnya bermula tidak ada sebarang maklumat menunjukkan kes tersebut akan diteruskan.
Perkembangan ini sangat menarik kerana aku melihat pihak Peguam Negara pun seakan-akan tidak berani untuk meneruskan pendakwaan ini ke atas Rafizi.
Berbanding dengan beberapa kes berprofil tinggi yang lain seperti melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dan sebagainya, kes membabitkan Rafizi ini seolah-olah mendapat pengecualian Peguam Negara.
Sebagai 'Syerif' undang-undang di Malaysia, peranan Peguam Negara memang penting untuk meneruskan atau tidak pendakwaan ke atas mana-mana kes yang dirujuk kepada beliau.
Ada sumber menyebut, Peguam Negara mungkin sudah sedar dengan kesilapannya memanjangkan kes ini ke Mahkamah Ogos tahun lepas, bila mana kes ini tidak mempunyai merit untuk dibicarakan pun kerana melibatkan kepentingan awam.
Dengan melewat-lewatkan perbicaraan kes ini, Peguam Negara mungkin berharap hakim yang bakal mengadili kes ini hilang minat dan seterusnya menggugurkan sahaja kes tersebut dari diteruskan pendakwaannya di Mahkamah.
Ini penting kerana sebagai Ahli Parlimen yang mendapat sokongan besar rakyat, Rafizi sepatutnya memiliki keistimewaan dan kelebihan tertentu yang tidak boleh diancam dengan tindakan undang-undang.
Yang sepatutnya kena ialah bekas kerani Public Bank Johari Mohamad seorang sahaja kerana dia yang memperolehi dokumen dan buah butir akaun NFC kepada Rafizi untuk didedahkan kepada media.
Rafizi sebagai rakyat yang mempunyai kepentingan dengan dana awam berjumlah RM 250 juta yang diserahkan kepada NFC untuk diuruskan (kemudian diselewengkan), tidak sepatutnya dikenakan apa-apa tindakan.
Apa pun aku memujilah tindakan Peguam Negara. Walaupun dosanya dalam kes pendakwaan ke atas Anwar dulu masih tak dapat aku lupa, tapi sekurang-kurangnya banyak tindakan Ghani Patail sekarang ini yang menyebelahi Pakatan Rakyat aku tengok.
No comments:
Post a Comment