Kerajaan Mesir pimpinan Presiden Mohamad Morsi tumbang malam tadi apabila pasukan tentera merampas kuasa dan melantik Ketua Hakim Mesir, Adly Mansour sebagai Presiden sementara negara tersebut.
Berita ini sudah tentu mengejutkan kerana kejayaan Morsi dan parti Ikhwanul Muslimin menumbangkan pemerintahan 32 tahun Husni Mobarak menjadi ikutan kepada banyak gerakan sama di negara-negara Arab dan tempat-tempat lain di dunia.
Gerakan "Arab Spring" yang dipopularkan di Mesir juga menjadi contoh kepada beberapa gerakan massa rakyat untuk menumbangkan kerajaan negara ini.
Tapi aku melihat, "Arab Spring" atau gerakan besar-besaran rakyat ini bukan punca kepada kejatuhan Morsi. Rakyat menentukan pemerintahan Mubarak berakhir dan Morsi diberi peluang memerintah.
Apa yang Morsi dan Ikhwanul Muslimin nak buat selepas berkuasa, mana rakyat nak tahu?
Hakikatnya, Morsi jatuh kerana corak pemerintahannya yang tidak selari dengan kehendak rakyat yang mahu perubahan selepas Mobarak digulingkan.
Sudahlah tidak selari dengan kehendak rakyat, dalam beberapa keadaan, kerajaan Morsi adalah lebih teruk dari Mobarak, antaranya ialah mewujudkan dekri yang menghalang keputusan Presiden dari dipersoalkan di Mahkamah!!
Malah ada analisis yang dibuat menunjukkan Morsi mengamalkan corak pemerintahan yang begitu hampir dengan kerajaan BN disini seperti mengenakan tekanan terhadap pembangkang, menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun, kawalan ke atas media serta banyak lagi.
Menguatkan lagi pandangan ini, jangan kita lupa semasa lawatan Najib ke Gaza beberapa bulan lepas, dia berjumpa dengan Morsi terlebih dahulu di Kaherah, seterusnya membuktikan analisa di atas - sememangnya Morsi jatuh kerana bersekongkol dengan BN.
Tapi penyokong Pakatan Rakyat disini aku harap jangan patah semangat dengan kejatuhan Morsi ini. Gerakan rakyat yang menaikkan Morsi dan menjatuhkan Mubarak dulu masih relevan sehingga sekarang.
Pemimpin kita Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seperti Morsi yang terlalu bergantung kepada negara luar seperti Malaysia ini untuk menguruskan pentadbiran negara tersebut.
No comments:
Post a Comment