PAYAH bila ada ahli Parlimen berkiblatkan Internet macam Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng yang mengutip saja maklumat dari Internet tanpa terlebih dahulu memastikan kebenarannya.
Apatah lagi menggunakan maklumat tersebut untuk menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menyimpan beratus juta wang (lebih tepat lagi RM 332 juta) dalam beberapa akaun bank di luar negara, termasuklah di Israel.
Tapi memandangkan sumber maklumat yang dikutip Teck Meng ini berasal dari Wikileaks, ia ada kesan sikitlah pada Pakatan Rakyat sebab laporan Wikileaks ini hampir kesemuanya berdasarkan dokumen-dokumen dari kabel diplomatik yang dibocorkan pihak-pihak tertentu.
Ceritanya disitu bukan siapa membocorkan, tapi sumbernya, iaitu dari kabel diplomatik. Kabel diplomatik bukan macam cerita kedai kopi, tapi cerita ada asas dan bukti.
Maka itu tidak hairanlah kenapa aku dimaklumkan oleh sumber dari ibupejabat PKR yang Anwar akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan punca wang RM 332 juta tersebut kepada rakyat dalam jangka masa terdekat.
Sama ada hujung minggu ini ataupun awal minggu depan, aku tak pastilah tapi sidang media tersebut pasti akan diadakan.
Bercakap tentang isu yang sama, ada cerita-cerita yang aku dengar mengesahkan yang akaun tersebut memang wujud tapi jumlahnya tidaklah sampai RM 332 juta seperti yang di dakwa Teck Meng (tapi masih lebih USD100 juta jugaklah).
Sumber wang ini khabarnya dari sumbangan rakyat Malaysia sendiri untuk operasi politik Pakatan Rakyat, bukan dari sumber yang meragukan seperti mana yang diterima oleh UMNO dan Barisan Nasional, contohnya macam wang sumbangan politik RM 40 juta melibatkan UMNO Sabah dulu.
Justeru, laporan Wikileaks yang kata ada di antara akaun tersebut dibuka sejak 1997 sangat tidak tepat, majoriti akaun tersebut dibuka sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan pada April 2008.
Jadi tidak hairanlah kenapa Anwar tidak canggung sikit pun untuk mendedahkan punca wang tersebut, apa yang dia nak takut kalau semuanya dari sumber yang sah?
No comments:
Post a Comment