Thursday, November 7, 2013

AirAsia: Lantik Melayu Sebagai CFO, Apa Tidak Ada Orang Lain Ke?


Pakatan Rakyat begitu bimbang dengan keputusan Pengerusi AirAsia, Tan Sri Tony Fernandez untuk melantik seorang Melayu sebagai Chief Finance Officer (CFO) syarikat tersebut dalam satu pengumuman kepada Bursa Saham semalam.

Rozman Omar yang dibawa semula ke dalam AirAsia setelah meninggalkan syarikat tersebut untuk menyertai Penerbangan Malaysia (MAS) setahun yang lalu, akan sekali lagi mengetuai pengurusan kewangan konglomerat penerbangan tersebut.

Adakah wujud tekanan-tekanan tertentu (dari kerajaan contohnya) agar Rozman dilantik semula ke jawatan tersebut atau ini memang sudah tidak ada orang lain yang lebih layak melainkan dia seorang?

Walaupun aku yakin Rozman Omar juga adalah seorang Melayu liberal, sama seperti CEO Air Asia X, Azran Osman Rani dan CEO Air Asia sendiri, Aireen Omar, tapi terlalu ramai Melayu di dalam pengurusan tertinggi syarikat tersebut, ibarat bom jangka yang boleh membawa bencana.

Ini belum lagi kita menyebut tentang seorang lagi pegawai tinggi Melayu dalam Air Asia, Kamarudin Meranun yang dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif dalam rombakan syarikat semalam.  Tapi Kamarudin ialah rakan kongsi Tony, memang tak boleh nak elaklah.

Berbeza dengan jawatan CFO ini.  AirAsia mempunyai terlalu banyak pilihan di luar sana yang boleh dilantik ke jawatan itu, kenapa seorang Melayu juga?  Ini yang tak faham.  Kalau tak ada sangat bangsa lain di Malaysia ini yang boleh dilantik ke jawatan itu, boleh cari kemahiran dari luar!!

Susah ke?

Melayu ni, tahu sajalah, bukan bidang dia kira mengira ni, itu bidang kaum cina.  Ini bukan cakap pasal perkauman, tapi kenyataan.  Antara sebab kenapa negara ini mempunyai hutang luar yang tinggi adalah kerana Menteri Kewangan kita, kedua-duanya Melayu!!

Mana tak jahanam.

Jadi kita tidak mahulah ‘tragedi’ yang sama yang menimpa negara ini, berlaku kepada syarikat yang sudah mempunyai nama seperti AirAsia.  Ia akan membawa banyak kerugian kepada negara ini, terutama dari segi pegangan ekuiti orang India yang akan berkurangan.

Tidak banyak syarikat besar milik orang India di negara ini, takkanlah satu yang ada ini pun nak kita jahanamkan dengan menyerahkan pengurusan kewangannya kepada golongan yang tidak layak?

Pakatan Rakyat harap keputusan ini boleh dikaji semula secepat mungkin.

No comments: