Thursday, November 7, 2013

Gugur Perkataan Islam: Anwar Perlu Masuk Campur

Agak tidak kena kalau Pakatan Rakyat nak mengharamkan pertubuhan dan parti politik dari menggunakan nama agama dan kaum pada nama pertubuhan masing-masing, kalau  dalam Pakatan Rakyat sendiri wujud parti politik seperti itu.

Yang dimaksudkan, tidak lain dan tidak bukan ialah PAS.

Bagaimanapun kedegilan PAS untuk terus menggunakan nama itu telah menyebabkan wujud jurang yang ketara dan boleh menjejaskan persefahaman yang sedia wujud dalam Pakatan Rakyat sekarang ini.

Justeru aku tidak nampak pilihan lain, melainkan campur tangan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu ini agar PAS boleh menurut arahan tersebut tanpa banyak cakap seperti sekarang.

Rekod sebelum ini menunjukkan PAS lebih senang jika Anwar sendiri yang memberi arahan berbanding pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat, terutama pemimpin dari parti DAP.

Entah dimana silapnya, tapi itulah yang sedang berlaku sekarang, bila mana pemimpin PAS bertukar ganti menghentam Karpal berhubung cadangan tersebut.

Usaha penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk meredakan keadaan dengan mendakwa kenyataan Karpal itu telah diputar belit ternyata gagal kerana beliau tidak pula menunjukkan bahagian mana yang dikatakan sebagai putar belit.

Hanya bagi kenyataan yang terlalu umum.

Sedangkan aku telah beberapa kali meneliti kenyataan tersebut dan mendapati bahawa kenyataan itu memang jelas mahu PAS menggugurkan Islam dari nama parti itu, tanpa mengandungi sebarang maksud tersembunyi. 

Lagipun kita perlu ingat, Karpal ialah seorang peguam yang hebat di Mahkamah.  Seorang peguam dilatih supaya tidak bercakap dengan maksud tersirat, semuanya mestilah secara jelas dan terbuka atau kesnya mungkin berhadapan dengan risiko kalah di Mahkamah.

Takkan itupun tak tau.

Aku simpati dengan Anwar, asyik nak kena selesaikan masalah PAS tak habis-habis.  PKR dengan DAP tak pulak ada masalah, kenapa PAS ni payah sangat?

No comments: