Dalam soal mengugurkan perkataan Islam dari nama parti ini,
aku lihat terlalu banyak pendapat bercanggah dalam kepimpinan PAS. Yang golongan ulama cakap lain, yang golongan
professional cakap lain.
Golongan professional nampak begitu terbuka sekali dengan
cadangan tersebut, sedangkan golongan ulama menentang dengan begitu keras.
Malah golongan ulama ini tidak segan-segan mengadu kepada
Utusan Malaysia – akhbar musuh Pakatan Rakyat, tentang perkara ini dan dalam
masa yang sama mengambil peluang itu untuk menghentam Karpal Singh.
Apa sebenarnya yang berlaku, semua orang tak faham. Yang kita faham, PAS perlu akur arahan
Pakatan Rakyat supaya nama Islam digugurkan dalam parti tersebut, tidak ada
pilihan lain.
Itupun susah nak buat ke?
Bukan kita suruh PAS buat parti baru, lambang baru dan seumpama dengan
itu, kita suruh gugur perkataan Islam saja.
Macamlah sekarang ramai sangat orang tahu yang PAS itu
bermaksud Parti Islam Semalaysia, orang tahu PAS ini lambang bulan dan warna
hijau saja. Jadi aku tak nampak
kesukaran macam mana untuk PAS gugurkan nama Islam pada pendaftaran parti
tersebut.
Cakap tentang akronim, dari segi itupun dah banyak tak
betul. Kalau parti Islam Semalaysia,
patutnya PISlah, apa pulak PAS? Parti
agama seMalaysia tu lain, ke PAS dah ikut style Urdu, Islam disebut Aslam?
Ini ada kemungkinan sebab Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz
Nik Mat adalah lepasan Universiti Deoban dari India!!
Tapi semua itu tak penting, yang penting sekarang ialah, PAS
perlu akur kepada arahan Pakatan Rakyat agar perkataan Islam pada nama parti
itu digugurkan bagi mengelakkan Pakatan Rakyat ini menjadi sama seperti UMNO
dan parti bersifat perkauman lain dalam BN.
Dalam Pakatan Rakyat, kita menggunakan prinsip sama rata,
tidak ada yang lebih dari yang lain.
Tidak ada Islam, tidak ada Melayu, semua orang adalah serupa dan layak
menerima hak yang sama rata juga atas nama rakyat Malaysia.
Itu prinsip Pakatan Rakyat dan PAS sebagai parti komponen
perlu akur dengan prinsip tersebut atau parti itu boleh bergerak bersendirian
tanpa bantuan kewangan dan jentera dari komponen Pakatan Rakyat yang lain.
Pendek kata, aku tak nampak PAS ada pilihan lain melainkan
akur kepada keputusan tersebut.
Takkanlah hal remeh macam ini pun nak kena tunggu Datuk Seri Anwar Ibrahim buka mulut?
Gunalah akal sekali sekala.
No comments:
Post a Comment