Wednesday, November 6, 2013

PAS Memang Patut Buang Islam Dari Nama Parti

Keputusan Pakatan Rakyat untuk mengharamkan sebarang pertubuhan dan parti dari menggunakan nama agama pada organisasi masing-masing adalah satu keputusan yang tepat dan patut disokong.

Ini kerana tindakan seperti itu (menggunakan nama agama) mengelirukan rakyat akan peranan sebenar agama, sama ada digunakan untuk berpolitik atau untuk individu itu sendiri beramal untuk kehidupan yang lebih baik selepas mati.

PAS sebagai satu-satunya parti politik di Malaysia yang menggunakan nama Islam, seharusnya menurut cadangan Karpal ini dengan menggugurkan nama Islam pada parti tersebut.  

Nak diikutkan, PAS bukan lagi sebuah parti Islam, seperti dibuktikan dari kemenangan PAS dibanyak kawasan parlimen dan DUN dalam PRU13 yang lalu adalah atas sokongan orang bukan Islam.  

Lagipun sejak hudud digugurkan dari perjuangan PAS setelah bersama Pakatan Rakyat, PAS hanya berimejkan Islam sahaja (pakaian dan seumpama dengannya), bukan perjuangan parti seperti mana mula-mula ditubuhkan dulu.

Jelasnya menunjukkan Islam sudah tidak relevan dengan PAS.  Nak diikutkan, lebih ramai sebenarnya orang Melayu Islam yang menyokong UMNO berbanding PAS, sebab itu UMNO menang di lebih banyak negeri dengan PAS hanya kekal di Kelantan dalam PRU13 yang lepas.



Maka itulah kenapa ramai melihat bantahan PAS ke atas cadangan Karpal itu seperti yang disuarakan oleh Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar pagi tadi sebagai tidak wajar, kurang adab dan telah melanggar segala peraturan dalam Pakatan Rakyat.

Bantahan ini dilihat ramai tidak sepatutnya berlaku kerana keputusan sebesar itu hanya layak diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama 2 pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abd Hadi Awang.

Dikhabarkan Anwar telah bersetuju dengan cadangan Karpal tersebut dan perkara ini akan dimasukkan dalam Manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU14 yang akan datang sementara Hadi pula secara dasarnya juga telah bersetuju.

Cuma secara formalitinya keputusan itu harus dipersetujui Majlis Syura Ulama terlebih dahulu sebagai badan tertinggi dalam PAS.

Hadi bimbang jadi macam isu kalimah Allah dulu, dia setuju, Majlis Syura tak setuju pulak.

Justeru, siapa Mahfuz untuk menentukan perkara ini bagi pihak PAS?  Mahfuz hanya Naib Presiden, bukan salah seorang dari ahli Majlis Syura PAS pun.

Mahfuz seharusnya meminta maaf kepada Anwar dan semua penyokong Pakatan Rakyat yang lain atas kenyataan tersebut.

No comments: