Bila Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan di Putrajaya semalam bahawa undi pengundi cina di Sungai Limau telah kembali kepada BN, maaf cakaplah, dia sebenarnya membuat kenyataan yang betul.
Analisa yang dijalankan oleh Pakatan Rakyat pasca pilihanraya kecil Sungai Limau kelmarin, mendapati bahawa penurunan besar majoriti PAS di kawasan tersebut adalah diakibatkan oleh sokongan pengundi cina di Sungai Limau yang merosot hampir 49% berbanding PRU13 yang lepas.
Kenyataan ini adalah berdasarkan analisa di beberapa peti undi majoriti cina seperti di Sungai Dulang Besar dan Bukit Besar. Di beberapa kawasan lain pun ada juga pengundi cina, tapi 2 kawasan ini adalah yang terbesar sekali.
Walaupun PAS masih menang selesa di kedua-dua peti undi tersebut tapi tahap sokongan menunjukkan penurunan yang ketara. Di peti undi Bukit Besar sebagai contoh, PAS masih menang dengan majoriti besar 1,557 undi berbanding BN, 447, tapi bukan semua dari 1,557 undi tersebut datang dari kaum cina.
Ada juga undi dari pengundi Melayu dan Siam kerana rekod menunjukkan pengundi cina tidak sampai separuh yang keluar mengundi pun.
Masalah ini perlu ditangani segera atau Pakatan Rakyat akan kehilangan Sungai Limau dalam PRU14 yang akan datang.
Faktor apakah yang mendorong sehingga pengundi cina kembali semula kepada BN, adakah kerana krisis DAP Kedah yang kian meruncing seperti dibincangkan dalam artikel sebelumnya?
Persoalan ini perlu dilihat semua pihak. Memang PAS masih menang di Sungai Limau, tapi kehilangan hampir 970 undi dalam tempoh hanya beberapa bulan selepas PRU13, adalah satu masalah besar yang tidak boleh dipandang ringan.
Semua ini pula berlaku ketika Najib dalam pembentangan bajet 2014 lepas menghapuskan subsidi gula dan memperkenalkan GST. Awal September lepas, Najib mengurangkan subsidi minyak sebanyak RM 0.20 sehingga berlaku kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan
Dimana silapnya sehingga ketika subsidi dihapuskan pun, undi kepada Pakatan Rakyat masih merosot dengan begitu teruk sekali?
Kalau diikutkan, dengan semua faktor di atas, PAS seharusnya mendapat majoriti undi yang semakin bertambah, bukan semakin berkurangan!!
Sebab itu aku katakan, kemorosotan undi ini adalah datang dari pengundi cina yang enggan mengundi PAS dalam pilihanraya kecil berkenaan. Merekalah yang sepatutnya dipersalahkan kerana berpaling tadah dan tidak lagi memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Kalau tidak kerana boikot pengundi cina di Sungai Limau, aku yakin PAS pasti akan menang dengan lebih bergaya, tapi malangnya itu tidak berlaku dan harapan PAS untuk merampas semula Kedah dalam PRU14 akan datang, mungkin akan tinggal impian semata-mata.
No comments:
Post a Comment