Dek terlindung dari pandangan, mungkin ramai yang tidak sedar bahawa DAP sekarang sedang mengalami krisis dalam, berikutan penolakan terhadap kepimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berlaku di sana sini.
Paling meruncing ialah krisis kepimpinan yang berlaku di Johor dan Kedah.
Bekas Pengerusi DAP Kedah yang diganti dengan Jawatankuasa Interim, Lee Guan Aik dan Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau dan dikenal pasti sebagai dalang utama yang bergerak hampir ke seluruh negara untuk menyemai kebencian terhadap kepimpinan Guan Eng.
Walaupun kedua mereka mendakwa hanya membantah kepimpinan Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang di dalam DAP, bukan terhadap parti itu sendiri, tapi memandangkan kedua-duanya (keluarga Lim & DAP) saling berkaitan, maka bolehlah ditafsirkan bahawa Guan Aik dan Dr. Boo turut menentang parti.
Paling utama DAP Kedah, kerana tidak seperti DAP Johor dimana Timbalan Pengerusinya, Ong Kow Meng adalah proksi kepada keluarga Lim, hampir keseluruhan kepimpinan DAP Kedah termasuk sayap Pemuda dan Wanita berada di belakang Guan Aik.
Ini menyukarkan Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah, Zairil Khir Johari Abdullah mendapatkan sokongan pemimpin DAP tempatan untuk menyelesaikan masalah disitu dengan sempurna.
Tanpa bantuan dan sokongan dari pemimpin DAP tempatan ini, DAP Kedah silap-silap boleh berkubur tanpa nisan.
Aku tidak nampak jalan lain bagaimana untuk mengatasi masalah ini melainkan kedua-dua 'racun' tersebut disingkirkan terus dari DAP. Difahamkan, kedua beruk inilah yang dimaksudkan Lim dalam kenyataan akhbarnya beberapa minggu lalu sebagai "mempunyai hati BN tapi memakai lencana DAP".
Memandangkan DAP bukan seperti UMNO dimana ahli parti boleh dibuang semudah membuang kertas tandas, DAP perlu mencari jalan (kalau perlu mereka alasan) supaya di akhirnya kedua pemimpin Johor dan Kedah tersebut dapat disingkirkan dari parti dengan seberapa segera.
Lebih lama dibiarkan, lebih banyak kerosakan akan berlaku kepada DAP.
No comments:
Post a Comment