Thursday, December 19, 2013

Caj 400% Lesen Perniagaan Akan Naikkan Harga Barang


Dalam rakyat mengalami pelbagai bebanan hidup akibat tindakan kerajaan persekutuan menaikkan pelbagai harga, caj dan perkhidmatan, kerajaan negeri Pakatan Rakyat pula tidak seharusnya menambah beban itu dengan menaikkan caj dan cukai dalam negeri masing-masing.

Umpamanya, tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya menaikkan caj lesen perniagaan sebanyak 400% yang didedahkan media semalam.  Apa kewajarannya membuat keputusan seperti ini pada waktu sekarang?

Dah tu, tidak pula diumumkan, tahu-tahu sudah naik saja.

Aku tak rasa golongan peniaga (terutama perniagaan besar)ada masalah untuk menampung kenaikan tersebut, tapi masalahnya nanti ialah bila mereka mengalihkan kos tersebut dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan masing-masing.

Kepala otak orang meniaga ni bukan aku tak tahu, dia nak jaga margin untung juga.  Nak salahkan mereka pun tak boleh, meniaga mana nak rugi, semua nak untung.

Cuma tak sedapnya, dalam proses nak menjaga margin keuntungan tu, rakyat yang akan menderita kerana terpaksa membayar harga yang mahal akibat kenaikan caj perlesenan tersebut.

Selain itu perlu juga difikirkan peniaga-peniaga kecil yang tidak memperolehi margin keuntungan yang besar.  Pada mereka ini, kenaikan yang tinggi itu sudah pasti membebankan mereka dan pelanggan mereka.

Bimbangnya nanti, kenaikan ini akan menambahkan lagi perniagaan tidak berlesen di negeri Selangor kerana peniaga tidak mampu membayar caj lesen perniagaan yang mahal.  

Sudahlah peniaga di Selangor perlu membayar wang perlindungan dan sebagainya, sekarang mereka dibebankan pula dengan caj tinggi pada lesen perniagaan.

Maka itu aku menggesa kerajaan Selangor mengkaji semula keputusan ini dan beberapa keputusan yang sama dengan segera.  Ramai tak sedar bukan caj lesen perniagaan saja yang naik, berkuatkuasa Jannuari 2014, pondok-pondok tol dalam negeri Selangor juga akan dikenakan cukai.

Sekarang jangan hairanlah kenapa tol naik, selain mengikut perjanjian konsesi, syarikat pengendali lebuhraya juga perlu membayar cukai yang pelbagai.

No comments: