Thursday, December 19, 2013

Lucut Warganegara Kerana Hina Sehelai Kain Berwarna, UMNO Gila Ke?

UMNO nampaknya sudah semakin gila.  Setelah mengumumman pelbagai kenaikan yang membebankan rakyat, semalam Dewan Negara mendesak kerajaan agar menggugurkan kewarganegaraan sesiapa yang didapati menghina bendera Malaysia.

Ini cadangan tak masuk akal.

Bukan besar mana pun kesalahan itu sehingga nak dilucutkan kewarganegaraan mereka.  Setakat hina sehelai kain berwarna itupun nak buang taraf kerakyatan, mana orang itu nak duduk?  Bodoh punya cadangan.

Sepatutnya, siapa yang buat keputusan rasionalisasi subsidi ini yang dilucutkan kewarganegaraan.  Hanya kerana nak beri lebih banyak wang kepada orang miskin berpendapatan RM 4,000 kebawah melalui BR1M, majoriti besar yang lain terpaksa menanggung beban?

Di negara lain yang aku tahu, minyak dijual pada harga murah, lebuhraya percuma, pendidikan percuma, barang murah, gaji tinggi dan sebagainya, hanya di Malaysia ini sahaja rakyat terpaksa menanggung hampir semua perkara.

Atas sebab itu Pakatan Rakyat membantah cadangan tersebut, bukan kerana tidak patriotik tapi kerana soal itu bukan perkara mendesak yang perlu diberi keutamaan.

Keselesaan hidup rakyat yang semakin merosot ini yang perlu diberi perhatian.  Soal remeh temeh macam menghina bendera ini tidak sepatutnya dijadikan isu, kerana tidak ada kepentingan segera.

Rakyat mahukan UMNO untuk beri perhatian kepada pelbagai kenaikan yang menjejaskan rakyat bermula Januari 2014 nanti, bukannya soal menghina bendera atau tidak.

Nasib baik perkara ini dicadangkan diperingkat Dewan Negara - dewan yang dari segi perundangannya tidak ada merit kerana ahlinya bukan dipilih melalui pilihanraya.  Malah ramai yang berpendapat, kewujudan Dewan ini sekadar menghabiskan wang rakyat.

Disamping Dewan Negara ini juga menjadi tempat UMNO memberikan jawatan dan gaji buta kepada bekas pemimpin parti tersebut yang kalah dalam pilihanraya umum lalu.  Contohnya bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam.

Bagi mengelakkan Dewan bertaraf rendah ini terus mengemukakan cadangan tidak masuk akal, Pakatan Rakyat akan menghapuskan Dewan Negara bila kita berkuasa di peringkat persekutuan selepas PRU14 nanti.

No comments: