Thursday, December 19, 2013

Tol: Khalid Jangan Bagi Alasan, Pastikan Caj Tidak Naik


Rakyat Selangor majoritinya kecewa dengan alasan diberikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa keputusan untuk menaikkan atau tidak kadar caj 3 konsesi tol dimana kerajaan negeri mempunyai kepentingan, bukan ditentukan oleh kerajaan negeri tapi ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Tiga syarikat yang dimaksudkan adalah SPRINT, LDP dan KESAS.

Siapa ahli lembaga pengarah itu kalau bukan wakil kerajaan negeri sendiri (melalui anak syarikat seperti PKNS, Taliworks dan KDEB)?

Kalau dengan wakil sedia ada tidak boleh mempengaruhi keputusan lembaga pengarah untuk menahan kenaikan tol, aku tak tak tahu apa lagi dah.

Seolah-olahnya gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam tidak berguna.  Seolah-olah sia-sia saja Anwar keluar kenyataan macam itu kalau Khalid bagi alasan macam ini.

Adalah lebih baik kerajaan negeri melepaskan semua pegangan dalam syarikat-syarikat konsesi tol tersebut jika tidak mampu memaksa syarikat-syarikat itu menghalang kenaikan tol, atau lebih baik lagi menghapuskan tol terus.

Dengan wang yang diperolehi hasil dari pegangan yang dilepaskan itu, boleh digunakan untuk kesejahteraan rakyat selain menambah rizab kerajaan negeri sebanyak RM 430 juta yang dikeluarkan untuk menampung beberapa projek di negeri tersebut.

Kerajaan Selangor tidak boleh berterusan melabur dalam syarikat yang membuat keuntungan dengan memerah keringat rakyat dengan mengenakan caj tol.

Ini namanya hipkorit.  

Pada waktu ini, Khalid perlu hentikan sikap sebagai ahli perniagaan sebaliknya meletakkan kepentingan politik dan rakyat di depan.  

Cukuplah rakyat merelakan banyak infrastruktur di negeri tersebut tidak diselenggara dengan baik untuk membolehkan kerajaan negeri menyimpan lebih banyak wang, jangan bebankan rakyat dengan kenaikan caj tol di syarikat yang kerajaan negeri ada kepentingan.


No comments: