Tuesday, September 2, 2014

LATEST!!! ADUN PAS Pilihan Istana Untuk Jawatan MB Selangor?


Sumber Pakatan Rakyat dalam SUK Selangor sebentar tadi memaklumkan blog ini bahawa ada besar kemungkinan pihak Istana akan menerima seorang ADUN dari PAS untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru esok.

Ini setelah katanya PAS di saat-saat akhir akan menghantar nama ADUNnya sendiri daripada 3 nama yang dipersembahkan kepada pihak Istana.  Atas sebab PAS masih diiktiraf dalam Pakatan Rakyat, maka nama itulah yang akan dipilih oleh Istana Selangor, khabarnya.

Jika ini berlaku, maka hancurlah hasrat Pakatan Rakyat mahu melihat Datuk Seri Wan Azizah Ismail dilantik menjadi Menteri Besar negeri itu yang baru.


Segala perancangan yang telah dirangka setelah Wan Azizah mengambil alih jawatan tersebut, hancur begitu sahaja, terutama sekali semua program yang telah dirancang akan apa yang nak dibuat dengan dana RM 3 billion yang dimiliki Selangor sekarang.

Ini kerana semua perancangan itu tidak membabitkan PAS berikutan sikap tidak mesra Pakatan Rakyat yang dipilih parti itu sepanjang krisis ini berlangsung.

Malah jika semua orang perasan, sepanjang krisis di Selangor ini, PAS seakan-akan tersisih dari Pakatan Rakyat dan segala sidang media mahupun mesyuarat Pakatan Rakyat yang diadakan, hanya membabitkan wakil dari PKR dan DAP sahaja.

Satu mesyuarat yang dihadiri wakil PAS iaitu ketika Pakatan Rakyat membuat keputusan muktamad untuk menghantar hanya nama Wan Azizah seorang sebagai calon Menteri Besar pada 17hb Ogos yang lepas.

5 comments:

nadesmani said...

SATU KEPUTUSAN YANG SUNGGUH TEPAT DAN BETUL..

Rahimi said...

Cadangan yg baik untuk penyelesaian kemelut MB ini..

capt shanmuganar Muthalagu said...

Lepas pas jadi MB. PR tendang keluar PAS dari PR. Lepas itu bungkuskan Pas di pelihan Raya GE14. Kalau cina dan india tak undi PAS baru hang tahulah.

Azmi Talib said...

Post batu api.

mohamed azni omar said...

Umno pas bergabung meletop takbir...