Tuesday, September 2, 2014

MB Selangor: Nafi Iktiraf Wan Azizah, Wanita PAS Jalang Politik


Seluruh penyokong Pakatan Rakyat ternyata kesal dengan kenyataan Ketua Wanita PAS, Zaliah Yusof bahawa pergerakan itu tidak pernah menyokong perlantikan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Malah tak keterlaluan kalau kita katakan, kenyataan itu adalah umpama pengkhianatan nyata wanita PAS terhadap Pakatan Rakyat kerana jelas disebut wa'la atau kesetiaan pergerakan itu hanya kepada PAS sahaja - kenyataan yang berlawanan dengan penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Tak sedarkah Zaliah yang PAS itu menang banyak kerusi Parlimen dan DUN dalam PRU13 yang lepas adalah kerana sokongan yang diberikan oleh pengundi-pengundi cina yang percaya dengan jaminan PKR dan DAP.


Kalau tanpa jaminan dari kedua parti tersebut, PAS boleh bermimpi untuk mendapat undi cina dan menang 15 kerusi di Selangor khasnya serta seluruh Malaysia amnya.

Kenyataan itu meletakkan wanita PAS tidak kurang hina dari perempuan jalang yang menjual tubuh untuk mendapatkan sedikit wang, ibaratnya begitu.  Metafora itu kalau nak diikutkan begitu beralas, sepatutnya lebih teruk lagi.

Sementara Pakatan Rakyat mengiktiraf peranan besar yang dimainkan wanita PAS dalam banyak kempen pilihanraya umum mahupun kecil, satu kenyataan macam itu melesapkan terus penghormatan yang diberikan selama ini.

Tidakkah Wanita PAS yang bodoh ini sedar bahawa perlantikan Wan Azizah sebagai MB Selangor adalah satu pengiktirafan kepada peranan kaum wanita?  

Memang kita akui sebahagian besar faktor yang mendorong kepada perlantikan itu adalah kerana statusnya sebagai isteri Datuk Seri Anwar yang berkemungkinan dipenjarakan, tapi yang lebih penting Wan Azizah masih seorang wanita yang dilantik menjadi Menteri Besar.

Faktor itu sahaja sepatutnya sudah cukup untuk Wanita PAS.

Justeru, tindakan keras perlu diambil ke atas Wanita PAS dan Zaliah sendiri.  Aku tidak rasa semua wanita PAS mempunyai pandangan yang sama seperti Zaliah.  Silap-silap apa yang diucapkan itu tidak lebih dari pandangannya sendiri tapi cuba dikaitkan dengan Wanita PAS.

No comments: