Tuesday, September 2, 2014

Jaga-Jaga, Peguam Negara Sudah Tunjuk Taring


Kebelakangan ini mungkin ramai sudah perasan bagaimana Pejabat Peguam Negara sudah mula menunjukkan taring apabila aktif mengambil tindakan ke atas beberapa pemimpin politik dan individu tertentu dibawah Akta Hasutan dan akta-akta yang lain seperti Kanun Keseksaan dan sebagainya.

Antara yang terlibat ialah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran, ADUN Sri Delima, RSN Rayer dan beberapa orang lain lagi, semuanya membabitkan ahli politik.

Orang awam pertama yang didakwa dibawah Akta Hasutan ialah, pensyarah Universiti Malaya, Azmi Sharom yang dihadapkan ke Mahkamah pagi tadi berikutan komennya dalam sebuah artikel yang diterbitkan oleh sebuah portal berita pro Pakatan Rakyat.


Jangan kata itu, polis pun sekarang sudah mulai 'garang' juga.  Permohonan maaf oleh seorang pengguna Twitter yang mengutuk tindakan polis menangkap ahli-ahli pasukan peronda sukarela (PPS) Ahad lepas, turut ditolak mentah-mentah oleh Ketua Polis Negara.

Ada yang kata perkara ini berlaku kerana desakan ahli-ahli politik pro kerajaan, ada juga yang kata sememangnya hasutan-hasutan tertentu membabitkan pemisahan wilayah dari Malaysia di media-media sosial, sudah menjadi semakin tidak terkawal kebelakangan ini.

Itu yang mendesak Peguam Negara untuk bertegas. 

Pakatan Rakyat bagaimanapun bersedia menawarkan bantuan guaman dimana yang memerlukan bagi sesiapa yang terbabit dengan perkara ini nanti.

No comments: