ANTARA isu peribadi yang hebat digunakan UMNO dan blogger-bloggernya untuk menyerang calon PAS di PRK Kuala Besut, Endut@Azlan Yusof ini ialah kegagalan kontrakror Kelas A tersebut untuk membayar 54 saman traffik yang diterimanya sejak 1999.
Ini isu jenis apa pun aku tak tahulah, biasalah untuk orang tidak bayar saman trafik, bukan bunuh orang pun yang nak dijadikan isu besar sangat.
Mungkin kerana Azlan ini menjadi calon PAS maka semua kesalahannya walaupun sebesar kuman dibongkar semua sekali untuk dijadikan sebab kenapa calon ini perlu ditolak dan calon BN perlu diterima.
Whateverlah, yang penting aku nak sebut kat sini, saman trafik ini adalah soal remeh. Kalau jumlah yang banyak (54 saman) itu boleh dianggap isu besar, ia tidaklah sampai nak mengatakan dek kerana itu saja Azlan tidak wajar menang di Kuala Besut.
Jadi pemimpin atau tidak bukan diukur dari banyak sikit saman yang diterimanya, tapi boleh memimpin atau tidak.
Ya, mungkin dari segi moralnya tak kena, iyalah, apalah rupa bakal penggubal undang-undang negeri kalau tak boleh nak patuh undang-undang negara pun. Dari segi itu aku akui dan aku minta kalau boleh Azlan selesaikanlah saman itu, dia bukan kedana pun.
Tapi setakat itulah saja kesalahannya (moral), tak payahlah nak dilebih-lebihkan sangat isu tu seolah-olah tidak ada cerita lain. Aku tahu, UMNO tengah terdesak nak cari isu untuk belasah Azlan secara berterusan tapi takkanlah soal saman ini pun nak jadikan isu juga.
Macam budak-budaklah.
Apa pemimpin UMNO semua bayar saman sangat ke? Aku tahu ada pemimpin UMNO yang ada berbelas saman tak berbayar, apa tak kecoh pun?
Lagipun ada Ustaz ni maklum pada aku, saman macam ini hukumnya dalam Islam tidak digalakkan untuk dibayar sebab ada unsur ragu. Aku tak payah jelaslah macam mana tapi ketidakadilan dalam saman menyaman ini bukan cerita baru, zaman berzaman pun orang dah sebut dah.
Dah kalau Islam pun tak galak, siapa pulak UMNO nak jadikan benda itu isu besar sangat? Cari isu lain lah oooi...
No comments:
Post a Comment