Saturday, September 14, 2013

Agenda Bumiputera Najib Bahayakan Pakatan Rakyat

Menakutkan dan bimbang!!  Itulah 2 rumusan spontan aku yang boleh aku cakapkan setelah Najib selesai dengan pembentangan yang kononnya untuk memperkasakan ekonomi bumiputera.

Benar, melainkan penubuhan beberapa unit dalam kementerian dan majlis yang tidak wujud sebelum ini khusus berkaitan bumiputera, tidak ada apa yang baru dalam pembentangan Najib seperti jangkaan banyak pihak.

Tapi itulah masalahnya sekarang. 

Walaupun tanpa pengumuman baru, Najib mengambil peluang ini untuk meningkatkan semua peruntukan seperti pinjaman dan dana yang diperuntukkan untuk golongan Melayu dan Bumiputera, bertingkat-tingkat kali ganda berbanding sebelum ini, melalui agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), PNB dan TEKUN Nasional.

Malah, bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan dengan kerajaan (GLIC) juga diwajibkan untuk meningkatkan penyertaan vendor bumiputera dalam syarikat masing-masing, tanpa menyatakan dengan khusus had silingnya.

Bayangkan, kalau sebelum ini Petronas sahaja memperuntukkan sebanyak RM 20 billion dari perbelanjaan penyelenggaraannya untuk kontraktor bumiputera, berapa billion lagi akan diperuntukkan kepada kelompok tersebut setelah pengumuman Najib?

Ini bahaya kepada vendor bukan Melayu/bumiputera kerana semua CEO syarikat-syarikat GLC ini pasti akan meningkatkan jumlah vendor bumiputera/Melayu dalam syarikat masing-masing untuk mendapat bonus dan gaji yang lebih tinggi kerana sasaran itu dimasukkan dalam KPI masing-masing.

Dengan majoriti daripada peniaga bukan bumiputera ini banyak menyumbang kepada Pakatan Rakyat, apa akan berlaku selepas ini kalau penguasaan mereka dalam GLC dan GLIC dikurangkan dengan banyaknya melalui inisiatif Najib.

Justeru, bermula dari sekarang, pakar dan strategis ekonomi Pakatan Rakyat perlulah memikirkan pendekatan  untuk membantu usahawan dan vendor bukan bumiputera di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat bagi menyaingi instentif yang diumumkan Najib sebentar tadi.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat perlulah meningkatkan jumlah vendor bukan bumiputera dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri dan mengurangkan atau menghapuskan terus penyertaan kontraktor bumiputera dalam syarikat-syarikat terbabit bagi memberi peluang kepada vendor bukan Melayu.

Ini penting bagi mengelakkan usahawan dan vendor bukan bumiputera dari terpinggir dan akhirnya jatuh bankrap kerana semua peluang perniagaan yang besar-besar telah diberikan kepada Melayu/Bumiputera.

Sementara itu, golongan usahawan bumiputera/Melayu dalam Pakatan Rakyat juga perlu bijak menggunakan status masing-masing untuk menyusup masuk, seterusnya mengambil peluang terhidang yang disediakan Najib untuk mereka.

Jika perlu berpura-pura dan bermuka-muka, buat sajalah. 

Keuntungan dari peluang tersebut kemudiannya bolehlah dikongsikan bersama parti-parti komponen Pakatan Rakyat untuk apa-apa kegunaan politik dimasa hadapan.

No comments: