MANTAN Perdana Menteri ini telah pun bersara dengan penuh hormat.
Anak-anak beliau begitu 'menjadi'. Salah seorang daripadanya tersenarai dalam 40 jutawan dari Malaysia oleh majalah 'Forbes' dan 'Asian Week'. Begitu juga apabila seorang anaknya berjaya menjadi Menteri Besar. Ada antara anak-anaknya diberikan jawatan sebagai pengarah berberapa syarikat gergasi di negara ini.
Tun Dr. Mahathir sendiri menjawat Penasihat Petronas, Proton, Perbadanan Putrajaya dan berbagai lagi jawatan penting dalam agensi kerajaan dan swasta.

Beliau nampaknya begitu berjaya. Namun mengapa masih tidak berpuas hati dan mengkritik apa sahaja seolah-olah masih bertaring dan punyai kuasa. Sedangkan dirinya kini seorang pesara biasa saperti juga pegawai atau menteri lain?
Contohilah mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang lebih banyak masa bersama keluarga tersayang tanpa masuk campur sangat dalam hal ehwal politik.
Tidakkah lebih baik apabila sudah bersara menumpukan masa untuk beribadah sebagai bekalan akhirat? Buat apa peningkan kepala memikirkan hal-hal politik kerana apabila ada pengganti bermakna ada noktah di situ.
Diharap Tun Dr Mahathir fikirkanlah apa yang terbaik untuk diri sendiri sebelum terlambat.
No comments:
Post a Comment