Malam tadi berlangsung ceramah perdana "Selamatkan Kedaulatan Negara, Tolak TPPA" di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Ceramah yang sepatutnya dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bagaimanapun kelihatan hambar setelah pemimpin berkenaan gagal untuk hadir atas sebab yang tidak dapat dipastikan, khabarnya Anwar kini berada di luar negara.
Tak datang satu hal, yang buat aku tak faham ialah, kenapa penganjur menyebarkan maklumat kononnya bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir juga akan datang berucap. Malah imejnya juga digunakan dalam banner yang dipasang disekitar kawasan tersebut.
Aku tak faham macam mana boleh jadi begini, ini pentas Pakatan Rakyat dan Mahathir tidak sepatutnya ada disitu - diharamkan kalau boleh.
Maka tidak hairanlah kenapa kehadiran semalam begitu hambar. Adalah lebih dari 2 ribu orang sahaja yang berkumpul. Tolak penyokong Mahathir (yang diwar-warkan akan datang), aku rasa tak sampai separuh penyokong Pakatan Rakyat yang hadir mendengar ceramah tersebut.
Tapi itu bukan isunya, isunya ialah kenapa PAS galak menghentam Anwar selepas beliau gagal hadir dalam ceramah semalam. Di kedai-kedai kopi sekitar kawasan tersebut, heboh dengan mulut penyokong PAS menghentam Anwar.
Aku yang dengar pun nak angin juga, tapi terpaksalah memekakkan telinga. Diaorang ramai, aku seorang.
Sepatutnya yang dihentam ni ialah pihak penganjur, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan CheguBard, bukan Anwar. Adalah masalahnya kenapa Anwar tidak datang tu dan sepatutnya penganjur sedia maklum tentang perkara tersebut.
Tentang gambar Mahathir pada banner ceramah itupun, aku rasa SAMM perlu beri penjelasan, macam mana ia boleh berlaku. Logiknya, Mahathir dan Anwar adalah seteru utama, takkan boleh berganding dalam satu pentas ceramah?
Idea bodoh siapalah yang dikutip dek CheguBard, ke sawan kalah pilihanraya itu hari tak habis lagi?
Adakah ini cubaan untuk memalukan Pakatan Rakyat, PKR dan Anwar sendiri? Bimbang mulut ada mulut penuh dengan duit yang disumbat oleh UMNO untuk melemahkan Pakatan Rakyat dari dalam.
No comments:
Post a Comment