Saturday, October 26, 2013

Hari Hududullah Negeri Kelantan bermula esok

KOTA BHARU: Konvensyen Amar Maaruf Dan Nahi Mungkar Peringkat Kebangsaan Sempena Majlis Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan akan diadakan bermula esok, 27 hingga 28 Oktober ini.

Program yang bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang berlangsung di Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (Putik) Kota Bharu itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Forum Perdana bertajuk ‘Hudud Penyelesaian Masalah Ummah’ diadakan selepas itu yang menampilkan panelis Dr. Abdul Aziz Bari, Senator Datuk Dr Johari Mat dan Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mumamed Fadzli Hassan, sementara moderator ialah Ustaz Mohd Asri Mat Daud iaitu Pegawai Khas Menteri Besar Kelantan.

Demonstrasi Hukuman Sebat ‘Sivil dan Syariah’ akan dipertontonkan pada jam 4.00 petang.

Pada hari kedua, sesi pembentangan kertas kerja dimulakan pada jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang, antaranya oleh Datuk Abu Bakar Chik selaku Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS Pusat dan Exco Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali.

Pihak penganjur menjemput NGO, ahli-ahli akademik, para ilmuan Islam dan ahli masyarakat pelbagai peringkat bagi meraikan majlis tersebut.

No comments: