Entah si bodoh mana yang cakap dengan aku bahawa isu kalimah Allah ini tidak akan mempengaruhi tahap sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Sungai Limau yang bakal diadakan bulan depan.
Kata dia, isu ini isu nasional dan tidak memberi kesan langsung kepada pola sokongan rakyat dalam PRK yang bakal diadakan kelak.
Yang sebetulnya, kalimah Allah akan menjadi isu utama yang bakal menentukan parti mana yang akan menang, BN atau Pakatan Rakyat.
PAS perlu meneruskan sokongan terhadap gereja dalam kempen PRK Sungai Limau nanti. PAS tidak boleh menari mengikut rentak UMNO yang menyokong keputusan Mahkamah Rayuan pada Isnin lepas, dimana keputusan itu tidak menyebelahi pihak Gereja.
Silap langkah PAS dalam mengendalikan isu ini nanti, pasti akan mengundang kecelakaan yang bukan sikit kesannya. Apatah lagi mengikut rekod, ada lebih 1,800 pengundi cina (majoriti Kristian) di Sungai Limau.
Arwah Tan Sri Azizan Razak dulu pun menang dengan majoriti lebih sikit dari 2,700 undi saja, dibantu oleh 1,800 solid undi dari orang cina. Aku tak payah jelas panjang-panjang apa akan terjadi kalau 1,800 orang ini swing kepada BN.
Bukan sebab mereka sokong BN sangat, tapi sebab nak menunjukkan protes terhadap PAS kalau parti itu tidak bersungguh-sungguh membantah keputusan Mahkamah Rayuan sepanjang waktu kempen berlangsung nanti.
Maka itu aku suka nak mencadangkan agar manusia bernama Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama PAS, dilarang dari menghadiri sebarang kempen Pakatan Rakyat di Sungai Limau. Semua orang tahu Harun Taib adalah penentang kuat penggunaan kalimah Allah oleh pihak Gereja ini.
Bersama-sama dengan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Harun Din.
Malah dikatakan, kerana desakan dua ekor inilah maka Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan berlawanan dengan pendirian Pakatan Rakyat, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat mengumumkan pendirian rasmi untuk menyokong pihak Gereja dalam isu penggunaan kalimah Allah pada 8 Januari 2013.
Ironinya, pengumuman bagi pihak Pakatan Rakyat itu, dibacakan oleh Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang!!
Siapa pun calon PAS yang namanya bakal diumumkan malam ini, dia mestilah bersedia untuk menentang sekeras-kerasnya keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak menyebelahi Gereja dalam kempen yang bakal dijalankan kelak.
Inilah peluangnya untuk Pakatan Rakyat mendoktrinisasi rakyat agar bersama-sama gereja memperjuangkan soal penggunaan kalimah Allah, bukan sahaja di dalam The Herald, malah dalam apa-apa penerbitan yang bakal dikeluarkan kelak oleh Gereja.
No comments:
Post a Comment