Adalah beberapa pihak bimbang akan kunjungan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia semalam, mampu mempengaruhi sokongan orang cina terhadap Pakatan Rakyat kerana setakat ini, Pakatan Rakyat dilihat lebih rapat dengan Taiwan (musuh China) berbanding negara Tembok Besar tersebut.
Ini adalah melihat kepada kunjungan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak ke China pada 1974 yang telah menyebabkan berlakunya perubahan sokongan secara besar-besaran orang Cina terhadap BN setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
Apatah lagi sekarang, China adalah negara kuasa ekonomi kedua di dunia dibelakang Amerika Syarikat (sesetengah mengatakan China sudah pun mengatasi Amerika Syarikat) dan kunjungan ini pasti akan membuka peluang perniagaan kepada peniaga cina yang rapat dengan BN sahaja.
Pada hemat aku, kebimbangan ini tidak berasas kerana aku yakin kunjungan Xi ini tidak langsung memberi kesan kepada tahap sokongan orang cina terhadap Pakatan Rakyat.
Selain masih baru dan tidak begitu vokal di peringkat antarabangsa, Xi Jinping juga tidak mempunya karisma seperti mana presiden-presiden sebelumnya seperti Hu Jintao, Jiang Xi Min, Deng Xiao Ping dan lain-lain.
Berbeza dengan kunjungan Tun Razak pada 1974 dulu, dimana Tun Razak bertemu dengan bapa pengasas China sendiri, Mao Zedong, memang ada kesan besar kepada masyarakat cina pada waktu itu yang masih lagi sebahagian besarnya terdiri dari para Imigran cina yang melarikan diri sewaktu Perang Dunia Kedua.
Kebanyakkan mereka pun masih mempunyai keluarga di China lagi.
Disamping status negara China pada waktu itu sebagai antara negara yang disisihkan kerana pegangan mereka terhadap fahaman komunis dan kunjungan Tun Razak pada waktu itu telah membuka jalan kepada hubungan serupa oleh negara-negara Asean yang lain dengan kerajaan China.
Itu yang menyebabkan perubahan sokongan secara besar-besaran orang cina kepada BN pada waktu itu, sedangkan keadaannya sangat berbeza. Hari ini majoriti masyarakat cina di negara kita adalah lahir di negara ini dan mereka hampir hilang susur galur dengan keluarga di Tanah Besar.
Justeru, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan dengan kunjungan Xi Jinping ke sini.
Aku yakin, sebagai Presiden baru China, Xi Jinping mahu memperkenalkan diri beliau kepada rakan-rakan sejawat Asia, itu saja, bukan sebab beliau kagum dengan pentadbiran Najib atau yang seperti itu seperti yang cuba dipropakan oleh para blogger dan media UMNO.
No comments:
Post a Comment