Arahan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam agar semua ahli DAP yang terlibat sehingga menyebabkan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut terpaksa diadakan semula, dikenakan tindakan disiplin, sebetulnya bukanlah untuk membalas dendam seperti mana tanggapan banyak pihak, terutama UMNO.
Itu adalah tindakan pembetulan dan pembersihan yang dijalankan DAP untuk memastikan parti tersebut bebas dari anasir-anasir yang boleh menyebabkan hala tuju parti dalam menghadapi PRU14 yang akan datang, terganggu.
Aku percaya, mana-mana parti pun akan buat tindakan yang sama juga jika terdapat masalah sama dalam parti masing-masing.
Jadi tidak ada apa yang perlu diperbesarkan dengan perkara tersebut, biasalah.
Sebaliknya, UMNO perlu muhasabah diri sebelum mempolitikkan kenyataan itu. Mungkin UMNO terganggu kerana nama parti itu disebut dalam kenyataan media Guan Eng, tapi ia hendaklah dianggap sebagai satu kebanggaan, bukan rasa tidak puas hati.
Jarang pemimpin Pakatan Rakyat, terutama dari DAP yang mahu menyebut perkataan jijik seperti UMNO dalam dokumen rasmi mereka (seperti kenyataan akhbar semalam).
Sekarang inipun, disana sini kita sudah mendengar banyak kelemahan dalam pemilihan sayap UMNO yang diadakan Sabtu lepas. Ada yang masih tidak disahkan kemenangan sehingga sekarang kerana kedudukan terikat (seri), selain kekecohan di beberapa bahagian berikutan bilangan kertas undi melebihi perwakilan yang datang dan sebagainya.
Apa tindakan UMNO bagi mengatasi semua masalah tersebut? Tidak ada.
Oleh yang demikian, usahlah bising-bising lagi pasal pemilihan DAP dan tindakan yang diambil parti tersebut untuk mengatasi masalah dalaman membabitkan ahli parti yang tidak setia.
Aku difahamkan, semua tindakan yang akan diambil nanti adalah mengikut proses undang-undang dan peraturan, bukan dilaksanakan begitu saja tanpa usul periksa. Rasanya tak perlulah aku nak mengingatkan UMNO berapa ramai peguam dalam DAP.
Oleh itu, usah ajar kita tentang keadilan, kita lebih tahu.
No comments:
Post a Comment