JERAI: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meminta agar pengundi Dun Sungai Limau menunjukkan kuasa rakyat dengan menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.
Jelasnya, penolakkan ini sebagai bantahan kepada kerajaan yang tidak pernah memperdulikan nasib rakyat yang semakin tertekan dengan kesempitan hidup.
"Walaupun PRK kali ini tidak dapat mengubah apa-apa kuasa pemerintahan sama ada negeri atau pusat, namun ia amat penting kepada kita untuk menunjukkan kuasa rakyat.
Jelasnya, penolakkan ini sebagai bantahan kepada kerajaan yang tidak pernah memperdulikan nasib rakyat yang semakin tertekan dengan kesempitan hidup.
"Walaupun PRK kali ini tidak dapat mengubah apa-apa kuasa pemerintahan sama ada negeri atau pusat, namun ia amat penting kepada kita untuk menunjukkan kuasa rakyat.
"Sebagai pengundi peluang ini harus diambil sebagai isyarat kita kepada kerajaan bahawa rakyat membantah setiap keputusan menaikkan harga barang.
"Apatah lagi sikap mereka yang tidak memperdulikan nasib rakyat yang semakin tertekan dengan kesempitan hidup," ucap beliau pada satu program ceramah di Kampung Dulang Kecil semalam.
Ucap beliau lagi, bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri sebelum ini tidak ada satu perkara yang dapat mengubah masa depan rakyat, melainkan rakyat terus dibebani kenaikkan harga gula.
"Bajet yang dibentangkan sebelum ini tidak ada satu perkara pun yang boleh mengubah nasib hidup rakyat, pemberian untuk jangka masa panjang.
"Paling tidak berfikirlah tentang kehidupan harian rakyat tapi itu tidak berlaku, adakah ini kita katakan kerajaan peka kepada rakyat.
"Cuba perhatikan kerajaan lebih kepada usaha untuk mengurangkan subsidi gula yang menyebabkan harga gula naik, kalau betul kerajaan peka kepada rakyat sepatutnya mereka mengekalkan subsidi, hak rakyat diabaikan," kata beliau dihadapan kira-kira 500 orang yang hadir.
Menurutnya lagi, pengundi di Sungai Limau menggunakan peluang yang ada pada 4 November nanti dengan menafikan hak BN pada PRK kali ini.
Katanya, kemenangan PAS ini merupakan pemangkin kepada perubahan yang akan berlaku pada masa akan datang dan isyarat agar BN tidak lagi menafikan hak rakyat serta terus menekankan kehidupan rakyat.
No comments:
Post a Comment