KUCHING: Inspirasi yang tinggi untuk menikmati arus kemajuan setanding dengan negara maju lain telah membantu Sarawak untuk terus gigih berusaha menempatkan diri dalam peta dunia, kata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau berkata, 50 tahun lalu rakyat memperolehi pendapatan yang sangat sedikit namun pada hari ini semuanya telah berubah.
Justeru, katanya, sebagai ganjaran kepada semua usaha tersebut, ia telah mendorong Sarawak aktif dalam pasaran dan ekonomi antarabangsa.
“Dalam konteks ini, kita Sarawak berusaha untuk mencari formula bagi memasuki arena tersebut iaitu dalam perdagangan antarabangsa dengan menyediakan segala keperluan dan kehendak yang diperlukan,” katanya ketika menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembelian tenaga antara Sarawak Energy Berhad dan Sakura Ferroalloys Sdn. Bhd. di sini, hari ini.
Kata Taib, meskipun pelbagai rintangan terpaksa dihadapi dalam usaha menggapai setiap langkah menuju ke arah itu, namun kerajaan tidak tidak pernah berputus asa dan terus mengatur strategi lain.
“Dalam tempoh tiga tahun, Taman Perindustrian Samalaju akan membangun dan selepas setahun, kita dapat membina hotel, kemudahan untuk pekerja, kemudahan asas kerajaan untuk memudahkan pemain industri berhubung terus dan seumpamanya.
“Manakala, fasa pertama pelabuhan yang sedang dalam proses pembinaan pula dijangka beroperasi sepenuhnya selepas percubaan dilakukan terhadapnya,” ujarnya.
Pelabur menunggu
Justeru, katanya, empat lima pelabur sabar menunggu kepada penyediaan segala kemudahan berkenaan di negeri ini.
“Selama ini para pelabur sabar menanti dan memberi keyakinan kepada kita, maka berpandukan kepada kepercayaan tersebut secara langsung telah memberi keyakinan untuk kita melaksanakan kerja walaupun bedepan dengan pelbagai cabaran,” katanya.
Menurut Taib, pekerja sedia ada terpaksa berulang-alik perjalanan sejauh 90 kilometer menuju ke kawasan Samalaju dan disebabkan oleh kekangan tersebut, rata-rata pekerja yang baru pula tidak mampu mengadapatasi masalah tersebut hingga meletak jawatan.
“Kita berharap masalah melibatkan kemudahan tempat tinggal ini dapat diselesaikan dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya sambil menambah kemudahan tersebut sedang dibina.
Dalam pada itu, beliau menjangkakan lebih banyak jalinan kerjasama dengan negara Afrika Selatan masa depan.
“Kita berterima kasih dengan para pelabur yang berkeyakinan tinggi terhadap negeri ini dan apa yang diperlukan, sila minta dan kita berusaha untuk menghulurkan bantuan sewajarnya,” ujarnya.
Kata Taib, Sakura Ferroalloys Sdn. Bhd yang akan menawarkan kira-kira 1,500 peluang pekerjaan langsung dan tidak langsung kepada penduduk tempatan.

No comments:
Post a Comment