Monday, October 7, 2013

Tony Pua Wajar Minta Maaf Dengan Utusan


Dari satu sudut, tidak ada apa yang pelik bila ahli politik pembangkang seperti Tony Pua menggelar akhbar Utusan sebagai anjing UMNO.  Ini biasalah, sama macam The Rocket di gelar anjing DAP, Suara Keadilan (anjing PKR) dan Harakah (anjing PAS).

Malah blog ini pun pernah digelar blog anjing Pakatan Rakyat.  Biasalah tu, aku pun gelar blog UMNO anjing jugak, apa masalahnya?

Cuma yang berbeza, 3 akhbar milik Pakatan Rakyat tersebut (termasuk blog ini) tidak disenaraikan di Bursa Saham, berbeza dengan Utusan.

Maka itu, demi kepentingan politik Pakatan Rakyat untuk jangka masa panjang, aku mencadangkan sesuatu yang mungkin kelihatannya janggal, agar Tony Pua meminta maaf ke atas Utusan Malaysia atas posting FBnya yang menyifatkan akhbar tersebut dan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebagai anjing UMNO.

Gelaran anjing UMNO itu pada aku memang kena pada RoS, tapi tidak pada Utusan.  Seperti dijelaskan di atas, Utusan adalah sebuah public listed company dimana sesiapa pun boleh membeli sahamnya - termasuk Cina dan India.

Jangan ada yang keliru atau salah faham, ini bukan bermaksud yang Pakatan Rakyat sudah mengiktiraf Utusan, tapi yang kita mahu jaga dan pelihara ini ialah para pemegang sahamnya yang terdiri dari pelbagai latar belakang kaum dalam Utusan.


Seperti yang semua tahu, UMNO tidak memiliki sepenuhnya Utusan, malah jumlah saham UMNO dalam Utusan tidak pun melebihi 50%.  Saham syarikat akhbar tersebut masih banyak yang dilanggan oleh orang bukan Melayu yang semata-mata nak buat untung.

Bukan sebab nama Utusan itu sendiri atau artikel yang diterbitkannya.

Tapi kerana peratusan saham UMNO dalam Utusan adalah lebih besar dari yang lain, maka itulah parti tersebut ada kuasa dalam soal menentukan hala tuju akhbar itu.

Untuk para pelabur bukan Melayu inilah aku menyarankan agar Tony Pua meminta maaf.  Nanti tak pasal-pasal Utusan memutar belitkan kenyataan tersebut sebagai bersifat perkauman, sudahlah anjing ini memang binatang yang sial di dalam agama orang Melayu, Islam.

Tahu sajalah Utusan, akhbar itu tidak segan silu memperkaumankan apa-apa jua isu yang tidak berbaur perkauman langsung, apatah lagi dalam kenyataan tersebut ada sedikit unsur perkauman yang boleh diperbesarkan Utusan - anjing.

Aku bimbang para pemegang saham ini akan berkecil hati dengan DAP berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tony Pua.  Dengan kemungkinan isu ini menjadi besar berikutan beberapa laporan polis yang telah dibuat, adalah lebih baik Tony Pua tampil meminta maaf cepat.

Bimbang publisiti dari laporan tersebut nanti akan mencemarkan imej DAP dan Pakatan Rakyat dalam masa yang sama.

No comments: