Orang mempersoalkan kenapa Pakatan Rakyat tidak langsung menyiarkan berita kejadian banjir yang berlaku di Penang atau lebih tepat di kawasan Bayan Lepas dan Teluk Kumbar.
Selain itu tidak ada khabar berita mengenai bantuan dari kerajaan negeri terhadap mangsa-mangsa banjir kilat tersebut dan apa juga perancangan bagi mengatasi masalah sama daripada terus berulang di masa hadapan.
Adakah ini kerana Pakatan Rakyat tidak mahu kejadian tersebut dikaitkan dengan kegagalan kerajaan negeri mengendalikan masalah pengairan sehingga banjir masih berlaku atau bagaimana?
Semua tanggapan itu bagaimanapun aku boleh sahkan disini sebagai salah!!
Pertama, aku nak sebut bahawa dua kawasan tersebut (Teluk Kumbar dan Bayan Lepas) berada di dalam kawasan DUN yang dimenangi UMNO dalam PRU13 yang lepas. Seperti biasa, kerajaan negeri tidak dibenarkan memberi bantuan dalam kawasan yang dimenangi UMNO.
Bukan kita taknak, tapi sebab tidak dibenarkan.
Kita perlu ingat memang Pakatan Rakyat menang di Penang, tapi kawasan UMNO adalah ditadbir oleh mereka sendiri dengan dana dari kerajaan pusat, kerajaan negeri tidak dibenarkan campur tangan.
Jika dibenarkan, kerajaan negeri tidak ada masalah untuk selesaikan masalah penduduk disitu.
Buktinya, masalah banjir di kawasan Perak Road. Sebelum ini penduduk kawasan tersebut dilanda banjir selama 40 tahun, tapi projek tebatan banjir yang dilaksanakan kerajaan negeri berjaya selesaikan masalah banjir kilat dikawasan itu dalam masa 9 bulan sahaja.
Walaupun banjir masih berlaku disitu, tapi moralnya, ia boleh dilakukan kerana Perak Road adalah dalam kawasan yang ditadbir DAP, selain penduduknya majoriti cina, berbanding di Bayan Lepas dan Teluk Kumbar ini yang majoritinya dihuni orang Melayu.
Kedua, hal-hal kejadian banjir atau bencana alam dalam negara ini adalah diuruskan sepenuhnya oleh agensi bantuan kerajaan persekutuan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Bomba, Kementerian Kesihatan dan sebagainya.
Tanpa bantuan dari kerajaan negeri pun, semua bantuan yang diperlukan oleh mangsa terlibat sudah disalurkan oleh agensi yang berkenaan dan dengan itu tidak ada siapa yang akan teraniaya.
Ketiga dan paling akhir, hal-hal banjir ini semuanya kuasa tuhan, kerajaan negeri tidak ada kuasa nak menghalang. Buatlah macam mana sekalipun, kalau Tuhan nak kawasan tersebut banjir, banjir akan berlaku juga.
Buktinya macam terowong SMART di Kuala Lumpur. Tujuan terowong tersebut adalah bagi mengurangkan banjir kilat di ibu negara, tapi kita lihat setiap kali hujan lebat sedikit dari biasa, Kuala Lumpur masih tenggelam?
Bagaimana boleh jadi macam itu? Malah ada pemimpin UMNO sendiri di era Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mempersoalkan sama ada projek itu sudah boleh dijenamakan semula sebagai STUPID akibat kegagalan menghalang banjir kilat dari berlaku di Kuala Lumpur!!
Itu kita cakap tentang projek yang memakan kos berbillion ringgit, pun masih tak selesai masalah. Jadi bagaimana kerajaan negeri dengan dana yang jauh lebih kecil boleh menyelesaikan masalah tersebut? Sudah tentu tidak boleh.
Justeu, kepada yang mempertikaikan, apatah lagi mempolitikkan perkara ini, satu sahaja aku nak sebut, berhenti jadi bodoh dan kalau nak sangat mencari salah siapa, salahkanlah Tuhan kerana mennyebabkan bajir di kawasan tersebut.
Ada berani ke?
No comments:
Post a Comment