Thursday, October 24, 2013

UMNO Sama Dengan Komunis

Aku menyokong penuh kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam yang menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti yang sama dengan komunis China, terutama dari segi membangunkan infrastruktur asas kepada rakyat.

PAS di satu pihak lain, tidak mempunyai persamaan dengan UMNO dan komunis China kerana masih berusaha menyelesaikan masalah asas berkaitan bekalan air di Kelantan sejak mula memerintah negeri tersebut pada 1990.

Kaitan UMNO dengan komunis ini bermula lebih 40 tahun dulu semasa bekas Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak memecah tradisi negara-negara rantau sebelah sini pada waktu itu apabila mengadakan hubungan diplomatik dengan negara China.

Walaupun tujuan asal mengadakan hubungan diplomatik dengan China ialah untuk menamatkan pemberontakan komunis di negara ini yang semakin menjadi-jadi, tapi hakikatnya, ia adalah jauh lebih besar dari itu.

Terlindung dari mata semua orang, banyak kerjasama rahsia berlaku antara kerajaan China dan Malaysia sejak termeterainya hubungan diplomatik tersebut.  Antaranya, Malaysia menjadi boneka China untuk negara lain di Asia Tenggara menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara tembok besar tersebut.

Sementara negara kita mendapat manfaat dari tindakan parti komunis China yang memutuskan bantuan kewangan kepada pergerakan komunis di negara ini, sehinggakan PKM terpaksa mencari sumber kewangan dan latihan dari Vietnam yang dikuasai pemerintahan komunis sehingga sekarang.

Walaupun pengaruh PKM berjaya dikurangkan setelah campur tangan kerajaan China, tapi ia tidak bermaksud kerjasama yang mula terjalin erat dengan kerajaan China, berhenti disitu saja.  Antara sebab kenapa perjanjian damai dengan PKM hanya berlaku pada 1989 adalah disebabkan kerjasama rahsia ini.

Logiknya, kalau China sudah masuk campur, kenapa nak tunggu sehinga 15 tahun (sejak 1974) untuk PKM meletakkan senjata pada 1989?

Semua ini berlaku dibawah hindung, kita saja tak nampak kerana ia boleh memberi kesan kepada pengaruh BN, disamping pembangkang pada waktu itupun tidak seperti mana yang kita lihat sekarang.

Kalau rakyat tahu betapa rapatnya hubungan UMNO dengan komunis dari negara China pada waktu itu, sudah tentu tidak ada siapa yang nak mempertahankan parti tersebut, terutama apabila isu berkaitan dengan keganasan komunis dulu, menjadi topik perbualan hangat masyarakat.

Aku tak berminat nak bercakap lebih panjang tentang komunis ini lagi, sekadar nak menyatakan sokongan bahawa kenyataan Nik Aziz itu adalah betul, dilihat dari segi mana sekalipun.  UMNO memang mempunyai 'pertalian darah' dengan komunis, terutama dari negara China ketika pemerintahan Tun Razak.

Sebagai orang lama yang sudah bergiat dengan politik jauh lebih awal dari kebanyakkan pemimpin hari ini, Nik Aziz sudah tentu tidak akan mengambil risiko dengan menyebarkan cerita tidak betul tentang hubungan komunis China dengan kerajaan Malaysia.

No comments: