Thursday, October 31, 2013

Ustaz Azam Bakal Ketua Pemuda PAS Pusat

Rancangannya, jika menang dalam PRK Sungai Limau kali ini (yang mana sudah pasti), calon PAS Ustaz Azam Samad bakal bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat dalam muktamar yang akan datang, berikutan keputusan ketua pemuda sekarang, Nasrudin Tantawi yang enggan mempertahankan jawatan tersebut.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh dijangka akan merebut salah satu kerusi sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan berharap di lantik ke dalam Majlis Syura Ulama - badan tertinggi sekali dalam PAS.

Sementara ruang yang kosong itu akan diisi oleh Azam dan dijangka beliau mungkin menerima sedikit tentangan dari sekurang-kurangnya 2 orang calon yang lain.  Bagaimanapun aku dimaklumkan, semua tentangan itu nanti hanyalah semata-mata formaliti sahaja.

Ura-ura mengatakan anak Mursyidul Am PAS, Nik Abdu yang juga ahli Parlimen Pasir Mas, turut mengintai peluang bagi mendapatkan jawatan tersebut, tapi dibandingkan dengan Azam, Nik Abduh 

Walaupun jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat sudah hampir pasti, Azam masih perlu menang dengan majoriti yang besar di Sungai Limau untuk memastikan slot tampuk tertinggi Pemuda PAS itu menjadi miliknya.  Jika tidak, Azam mungkin berhadapan dengan tentangan sengit dari 2 calon berkenaan.

Seperti mana Hishamuddin Tun Hussein diekori rapat oleh Mukhriz Mahathir dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO - situasi sama juga akan berlaku kepada Azam kalau dia gagal menaikkan majoriti undi PAS di Sungai Limau.

Maka itu, Azam perlu berusaha dengan lebih kuat lagi berkempen bagi memastikan kemenangan mutlak PAS di Sungai Limau, diserikan lagi dengan majoriti undi yang tinggi.

Lagipun situasi nasional semasa telah banyak membantu Azam dalam kempennya.  Dari penghapusan subsidi gula, sehinggalah kepada pengenalan 'sistem cukai jenayah' - GST pada April 2015, semuanya telah memudahkan tugas Azam.

Yang diperlukan sekarang ialah sedikit usaha dari Azam untuk memastikan sokongan terhadap calon muda PAS itu terjamin 100%, terutama dari segi majoriti undi yang tinggi.

Dengan semua kelebihan dimiliki oleh PAS, aku tak nampak kenapa PAS tidak boleh menang besar di Sungai Limau dan seterusnya menjamin laluan mudah untuk Azam dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat nanti.

No comments: