Tuesday, November 26, 2013

Bukti ulama masih diperlukan

  • Muhammad Khalil Abdul Hadi
 1 / 2 
KUALA TERENGGANU – Kemenangan Muhammad Khalil Abdul Hadi sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang merupakan satu-satunya wakil tunggal kumpulan ulama yang berjaya menempatkan diri dalam barisan kanan kepimpinan sayap pemuda itu dipandang positif oleh pemimpin ulama Pas.

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah berkata, pemilihan Muhammad Khalil menunjukkan golongan ulama mendapat perhatian untuk membarisi kepimpinan Pas di semua peringkat.

Menurutnya, ia selari dengan kepimpinan Pas yang turut memartabatkan kepimpinan ulama dalam menentukan hala tuju perjuangan parti.

“Tahniah dan kita harap beliau dapat berkhidmat dengan baik.

"Walaupun beliau tidak berada dalam jawatankuasa ulama, namun pendidikan agama yang dimilikinya telah meletakkan beliau secara tidak langsung sebagai kategori ulama dan di peringkat Pemuda ia disebut ulama pelapis,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata sebagai mengulas mengenai kemenangan Muhammad Khalil yang juga anak kepada Presiden Pas dalam meletakkan dirinya dalam barisan kepimpinan Pemuda Pas Pusat sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas.

Beliau dianggap wakil tunggal ulama dalam tiga barisan tertinggi sayap parti itu memandangkan dua calon lain yang menang di peringkat jawatan ketua iaitu Suhaizan Kaiat dan naib, Ir Mohd Khairil Nizam Khirudin adalah daripada golongan profesional.

Walaupun jawatan ketua Pemuda dan naibnya bukan ulama, Abu Bakar menjelaskan, perwakilan Pemuda Pas telah memberi kepercayaan kepada mereka untuk membarisi kepimpinan sayap parti itu.

Dalam masa sama, beliau turut meminta mana-mana pihak tidak mengaitkan kemenangan Muhammad Khalil sebagai mempunyai kaitan dengan pengaruh bapanya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

No comments: