Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) dilaporkan berang dengan tindakan beberapa portal berita yang mengaitkan penganut ajaran Syiah dengan pembunuhanKetua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Raffie Abd Malik di Indera Mahkota semalam.
Maklumat ini disampaikan sendiri oleh sumber dari ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut yang rapat dengan pemimpin tersebut malam tadi.
Reaksi ini mungkin mengundang pebagai tanggapan mengenai Syiah dan Mat Sabu kerana beliau sebelum ini beberapa kali dikaitkan dengan pergerakan tersebut dalam PAS. Pun begitu aku suka nak mengingatkan disini bahawa Mat Sabu tidak pernah mengakui secara terbuka terlibat dengan Syiah.
Tak silap aku yang pernah disebutkan beliau sebelum ini ialah beliau mengagumi perjuangan Revolusi Iran yang berjaya membawa kepada pemerintahan Iran seperti yang kita semua lihat sekarang. Kalau itu nak disamakan kononnya beliau menyokong Syiah, aku tak faham macam mana nak ulas.
Sebab tak pulak aku nampak Mat Sabu pernah memukul badannya sampai berdarah macam di Iran sana.
Bagaimanapun, aku bersangka baik sajalah dengan reaksi Mat Sabu itu. Siasatan mengenai kejadian tersebut sedang berjalan, mungkin pada pendapat Mat Sabu, terlalu awal untuk mana-mana pihak membuat kesimpulan bahawa pihak Syiah terbabit.
Takut menjejaskan perkembangan siasatan.
Memang ketika ini Allahyarham menyiasat kes Syiah di Pahang, tapi jangan lupa, arwah juga ada menyiasat kes ajaran sesat dan kelab malam. Mana-mana satu daripada mereka yang berkaitan, boleh terlibat dengan kejadian tersebut.
Apa pun aku minta Mat Sabu mengawal sikit emosi tu agar jangan nampak menyokong Syiah sangat. Betul macam aku sebut di atas, Mat Sabu setakat ini tak lagi keluar kenyataan rasmi menyokong Syiah, tapi beliau tak juga keluar kenyataan menolak Syiah sama sekali!!
Itu yang masalah tu.
Sumber yang memaklumkan perkara ini kepada aku pun, mungkin bimbang reaksi Mat Sabu itu boleh menguatkan lagi dakwaan bahawa Mat Sabu ini adalah pengikut Syiah di Malaysia. Dengan pemilihan PAS akan berlangsung tidak lama lagi, tanggapan seumpama itu bahaya untuk masa depan politik Mat Sabu.
Pakatan Rakyat memang mengharapkan Mat Sabu menang dalam pemilihan 22 November ini. Datuk Seri Anwar Ibrahim pun dikhabarkan menyokong pencalonan Mat Sabu berbanding dengan pesaingnya, Datuk Nik Amar Nik Abdullah, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Kalau Mat Sabu menang, masa depan PAS di dalam Pakatan Rakyat akan menjadi lebih baik, berbanding kalau Nik Amar (pro ulama) yang menang.
No comments:
Post a Comment