Isu Azan yang dibangkitkan sebuah persatuan penduduk di Puchong semalam, sebetulnya bukanlah isu baru.
Perkara ini pernah dibangkitkan beberapa tahun dulu oleh Ahli Parlimen Kinrara, Teresa Kok sehingga menyebabkan beliau ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh pentadbiran Abdullah Badawi.
Bagi meredakan tekanan, aku nak menyatakan disini bahawa ecara dasarnya Pakatan Rakyat bersetuju dengan tuntutan persatuan penduduk itu yang mahu suara Azan di kawasan tersebut di perlahankan bagi mengelak situasi tidak selesa di kalangan penduduk, tak kiralah Islam atau bukan Islam.
Orang Islam pun bukan semua yang setuju dengan bunyi Azan yang terlalu kuat ini, tapi sebab takut masuk neraka bila mati, tidak ada yang berani nak bersuara dan berharap rakan mereka yang bukan Islam untuk menyuarakan bantahan ke atas perkara tersebut bagi pihak mereka.
Dalam hal ini, Pakatan Rakyat sebenarnya telah mengambil pendekatan yang diamalkan di negara Singapura, dimana Azan hanya dilaungkan di dalam kawasan Surau atau Masjid sahaja, tidak lebih dari itu sehingga menganggu ketenteraman penduduk berhampiran.
Malah ada gesaan agar azan Subuh dan Isyak ini diharamkan terus Pakatan Rakyat sebagai jalan penyelesaian dan memberikan situasi menang-menang kepada semua yang terlibat. Tapi cadangan ini masih diperhalusi, termasuk mengambil kira bantahan yang mungkin disuarakan masyarakat Islam.
Pulau Pinang sebagai contoh telah mengharamkan terus bacaan-bacaan Al-Quran pada waktu Subuh, dengan bunyi Azan juga telah diperlahankan sejak beberapa tahun lepas, seterusnya membuktikan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan setiap penduduk dapat hidup dengan selesa.
Malangnya, peraturan sama masih tidak dilaksanakan di 2 negeri Pakatan Rakyat yang lain, Kelantan dan Selangor walaupun Pakatan Rakyat secara dasarnya sudah bersetuju. Kalau Selangor sudah mengguna pakai peraturan ini dahulu, sudah tentu masalah ini tidak akan berbangkit lagi di Puchong.
Puchong adalah kawasan Parlimen yang berada dibawah Pakatan Rakyat, malah kesemua kerusi DUN dalam parlimen tersebut, turut menjadi kerusi DUN Pakatan Rakyat. Jadi bantahan majoriti penduduk kawasan tersebut ke atas bunyi azan ini adalah juga mewakili Pakatan Rakyat.
Ini adalah tentang hak rakyat untuk hidup dengan selesa dan sempurna, kerajaan negeri Pakatan Rakyat sepatutnya mengambil serius dan melaksanakan perkara tersebut dengan segera, tidak boleh berlengah lagi.
Bayangkanlah pagi-pagi nak tidur diganggu oleh bunyi kuat Azan, siapa yang tak naik darah? Aku secara peribadi fahamlah dengan keadaan tersebut, nasib baik di tempat aku tinggal, perkara seperti itu tidak berlaku.
Lagipun, dengan kecanggihan teknologi sekarang ini, ada banyak cara untuk memberitahu orang tentang masa untuk sembahyang, tak perlulah nak melaung sekuat hati sehingga menggangu orang lain nak tidur.
No comments:
Post a Comment