Friday, November 15, 2013

Comango Wajar Saman ISMA

Sebagai sebuah badan bebas yang bertekad untuk melaksanakan pembaharuan hak asasi manusia di Malaysia, Comango perlulah berani mempertahankan prinsip pertubuhan tersebut dari diganggu gugat oleh musuh kemanusian dari dalam dan luar negara.

Lebih-lebih lagi status Comango sebagai pertubuhan sah yang diwajarkan penubuhannya mengikut piagam Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia.

Amat malang kalau badan sepenting ini diperlekehkan peranannya oleh pertubuhan sampah seperti ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia).

ISMA kebelakangan ini sering mempertikaikan peranan Comango dalam memperjuangkan hak asasi manusia yang lebih baik di Malaysia, terutama dalam soal kesaksamaan gender, kebebasan beragama dan sebagainya.

Termasuklah hak untuk mengamalkan orientasi seksual mengikut kehendak naluri masing-masing.

Maka itu amat wajarlah semua NGO yang bernaung di bawah Comango, agar mengambil tindakan undang-undang terhadap ISMA bagi menghentikan pertubuhan anti kemanusiaan seperti ini dari berterusan mengenakan tekanan tidak perlu ke atas Comango.

Kita di Malaysia ini sudah begitu jauh di belakang negara-negara yang lebih maju di dunia dalam soal hak asasi manusia yang lebih baik.  Aku katakan lebih baik kerana apa yang ada di negara ini sekarang belum lagi mencapai standard negara maju.

Malah dalam sesetengah keadaan, lebih kepada 'wayang' untuk menunjukkan kepada dunia seolah-olah pentadbiran Najib Tun Razak menghormati hak asasi manusia. Akta Perhimpunan Aman, penghapusan ISA dan sebagainya adalah antara perkara yang aku maksudkan.

Sedangkan rakyat masih lagi dibelenggu dengan undang-undang primitif yang menghalang seks sejenis, tidak mengiktiraf golongan transaksesual dan kebebasan beragama di kalangan orang Islam.


ISMA pula menghalang usaha-usaha ini, berdasarkan pandangan sempit mereka mengenai Islam.  Kalau masalahnya setakat itu tak mengapalah, tapi sekarang, pandangan itu nak dipaksakan pula kepada orang lain untuk mengikutnya dengan mengecam Comango.

Sudah tentu tindakan sedemikian tidak adil kepada Comango dan NGO-NGO yang bersekutu dengannya seperti Seksualiti Merdeka, Bersih dan sebagainya.

Maka itu tidak ada platform lain yang lebih sesuai untuk menutup mulut ISMA, melainkan dengan membawa pertubuhan anti kemanusian tersebut ke Mahkamah.

No comments: