Tuesday, November 19, 2013

Hudud Di Penang: Tuan Ibrahim Lebih Gila Dari Orang Gila!!

Baru saja tengah hari tadi aku menyeru pemimpin-pemimpin PAS agar berhenti mengeluarkan kenyataan keterlaluan mengenai hudud, dah petang ni aku dimaklumkan yang Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula buat hal.

Tuan Ibrahim dilaporkan mahu PAS mendesak negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat untuk melaksanakan hudud - termasuk Penang dan Tuan Ibrahim adalah Ketua Penerangan PAS!!

Apa punya desakan macam ini, apakah Tuan Ibrahim dah keracunan otak?  Ini cakap pasal Penang, satu-satunya negeri dalam negara ini dimana rakyat bukan Islam menjadi majoriti!!
Di negeri yang orang Islam jadi majoriti pun, soal nak melaksanakan hudud atau tidak masih jauh dari menjadi kenyataan, maka itu, dengan apa cara Penang pula boleh terlibat dalam kegilaan PAS nak melaksanakan hudud?  

Semua ini dah nampak melampau sangatlah.

Aku sebenarnya tak faham hantu mana yang merasuk pemimpin-pemimpin PAS hari ini.  Harapan aku semoga semua ini hanya berlaku sebelum muktamar berlangsung saja, lepas muktamar nanti, keadaan akan jadi seperti biasa.

Tapi itu hanya harapan, apa kata kalau harapan tak tercapai dan PAS masih kekal gila macam sekarang?  Sebaiknya, Pakatan Rakyat bersedia dengan pelan kecemasan, kalau PAS masih tidak berubah, sekurang-kurangnya kita dah tahu nak buat apa.  

Lebih-lebih lagi kalau golongan ulama yang kita tahu menjadi dalang utama yang membangkitkan semula soal nak  melaksanakan semula hudud ini, kembali menguasai jawatan Timbalan Presiden PAS.

Bagaimanapun aku nak mengambil kesempatan ini untuk memuji pemimpin-pemimpin DAP yang mampu menahan diri dari mengeluarkan kenyataan mengecam PAS kerana masih berkeras untuk melaksanakan hudud disebalik janji untuk tidak bercakap tentang perkara itu sebelum ini.

Kalau tidak dulu, setiap kali PAS buat kenyataan pasal hudud, Pengerusi DAP, Karpal Singh akan jadi orang pertama yang dicari media untuk mendapatkan komen - walaupun sejarah menunjukkan Karpal akan sentiasa memberi jawapan yang konsisten setiap kali, tak pernah berubah.

No comments: