Keputusan kerajaan Brunei untuk melaksanakan undang-undang syariah Islam, hudud di negara tersebut, telah menyemarakkan semula tuntutan sama di negara ini.
PAS terutamanya, cuba mengambil peluang dari perlaksanaan undang-undang tersebut d Brunei untuk kepentingan parti berkenaan dengan mengadakan Hari Hududullah Kelantan pada 28 Oktober yang lepas di Kota Bharu.
Nasib baik sambutan hari Hududllah itu diadakan pada ketika kempen pilihanraya kecil Sungai Limau sedang sibuk berlangsung. Kalau tidak, ia pasti memberi kesan kepada Pakatan Rakyat kerana hudud sudah beberapa kali disahkan bukan sebahagian dari agenda Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, makluman mengenai penganjuran hari Hududullah ini telah disebarkan secara meluas sehinggakan masih ramai yang tahu mengenainya sehingga sekarang.
Tak pasal-pasal, isu hudud yang diharamkan kepada PAS untuk bercakap mengenainya, kembali menjadi perbualan hangat, sehingga ada desakan supaya perlaksanaan hudud ini dijalankan segera di negeri-negeri yang Pakatan Rakyat perintah, termasuk Selangor!!
Ini kerja gila. Agenda hudud tidak pernah disebutkan di Selangor, Pulau Pinang, kecuali Kelantan. Macam mana boleh timbul pula cerita itu sekarang?
Pakatan Rakyat sudah berulang kali menegaskan hudud bukan agenda kita dan ia tidak akan pernah menjadi agenda di masa akan datang. Selagi DAP dan PKR berada di dalam Pakatan Rakyat, selagi itulah hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia kita ini.
Jangan kata nak melaksana, bercakap mengenainya pun tidak boleh.
Nasib baik Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Othman cepat-cepat memberikan kenyataan bahawa hudud sudah diharamkan di Selangor sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008.
Lambat sikit Dr. Rani bagi kenyataan, kita semua akan berada dalam masalah kerana orang bukan Islam di Selangor pasti bangkit mempersoalkan kerjasama PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.
Justeru, aku ingin menegaskan sekali lagi agar PAS menetapkan pendirian tegas mengenai hudud ini, Tidak ada mahu ada lagi dolak dalik macam sekarang. Dah kita kata tidak akan dilaksanakan, maksudnya tidak akan dilaksanakan.
Ini kejap nak, kejap tak nak, apa semua ni?
No comments:
Post a Comment