Saturday, November 23, 2013

Pemilihan AJK Pas Pusat tergendala

  • Asmuni Awi
 1 / 1 
SHAH ALAM - Muktamar Pas hari ini menangguhkan pemilihan anggota Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berikutan kesilapan yang berlaku pada kertas undi.

Pengerusi Pemilihan Pas Pusat, Asmuni Awi ketika mengumumkan perkara itu berkata pemilihan hari ini hanya akan dijalankan bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Katanya pemilihan untuk anggota jawatankuasa akan diadakan esok.


Sebanyak 61 calon menawarkan diri bertanding bagi mengisi 18 kekosongan anggota jawatankuasa.

Mengikut jadual Pas, seramai 1,300 perwakilan dari seluruh negara mula mengundi bagi kesemua jawatan dalam Jawatankuasa Kerja parti itu.

Bagaimanapun proses mengundi yang sudah bermula lebih 30 minit itu berhenti selepas Jawatankuasa Pemilihan menyedari masalah berkenaan dan mengumumkan untuk menangguhkannya.

Asmawi berkata, perwakilan yang sudah pun mengundi perlu mengundi semula esok.

Bagi pemilihan hari ini, penyandang Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu akan berdepan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagi jawatan nombor dua parti.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula kekal sebagai Presiden Pas tanpa dicabar.

Sementara ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditentang oleh Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik.

Susulan kesilapan yang berlaku, keputusan pemilihan itu dijangka diumumkan petang esok. - Bernama

No comments: